MULA : 16 NOV 2019 TAMAT : 17 APR 2020 "Kau jaga aku, aku jaga kau." The Devyn's Maid. Wujudnya gelaran itu kepada insan bernama Elvina Naura. Seorang anak yang dimanjakan dengan kemewahan oleh keluarganya. Sehingga suatu hari kebahagiaan itu hilang sekelip mata selepas kematian ibu tercinta. Akibat terasa dicabar dengan keadaan ketika itu, dia tekad untuk keluar dari rumah. Keluarnya si dia dari kesenangan hidup sehingga mencetuskan pergaduhan dengan seorang lelaki kacukan bernama Tuan Rizqish Devyn. "Kalau you tak nak minta maaf, I jerit you ni sexual harassment dekat I." - Elvina Naura. Dari pergaduhan itu, Tuan Rizqish mula ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Dia mencari jalan untuk memaksa gadis itu bekerja sebagai pembantu rumahnya. Tidak disangka bahawa lelaki itu akan mengajak Elvina berkahwin secara tiba-tiba akibat masalah yang dihadapinya. Apabila ditolak, kelemahan Elvina dicari. Dia dikurung bersama hamster di dapur. Ya, binatang comel berbulu itu digunakan oleh Tuan Rizqish untuk mengugut Elvina. "Kau nak kahwin dengan aku ke tak?" - Tuan Rizqish. Hari demi hari berlalu dengan kerenah keras kepala Elvina Naura dan sikap Tuan Rizqish yang sentiasa nak betul. Semuanya mula menjadi memori buat dua keping hati itu. Hingga suatu tragedi terjadi membuatkan Tuan Rizqish kesal. Apabila bahagia hendak dikecapi, pasti ada sahaja cabaran yang datang. Dapatkah mereka bersama selamanya? swtcpkee MULA : 16 NOV 2019 TAMAT : 17 APR 2020