SEMINGGU BERLALU
"See you guys next week. Don't forget to complete the assignment. Assalamualaikum." Lecturer berusia dalam lingkungan 50-an itu tersenyum manis sebelum berjalan keluar. Elvina menongkat dagunya dengan gaya mengantuk. Entah apa jenis tugasan yang diberikan pun dia tidak tahu.
Matanya sembam memikir tentang dirinya yang terjerat ke dalam lubang perangkap Tuan Rizqish Devyn, lelaki yang dihormati dalam bukan sahaja dalam negara ini malah di luar negara sekali pun.
PA lelaki itu sering menghubungi dirinya untuk menanyakan kehadiran gadis itu ke dalam kediaman Tuan Rizqish."Oit, Elvina Naura! Kau termenung lagi?" Melisa mengoncangkan bahu kawan baiknya. Elvina yang tersedar terus menampar pipi sendiri.
"Haish aku tak habis lagi nak fikirkan kerja." Gadis itu mengeluh.
"Tapi perlu ke kau tinggalkan rumah aku untuk kerja tu? Kau nak kerja dekat mana?" Soal Melisa dengan hairan. Elvina hanya memberitahu dirinya serba sedikit, tidak jelas.
"Erk syarikat mana entah yang hired aku. Takpelah, Melisa. Aku cuma taknak susahkan kau je." Elvina terus bangun dari kerusi itu. Melisa mengeluh.
"Tapi kau tak menyusahkan aku pun lah." Melisa masih lagi risau. Mereka berjalan keluar dari dewan itu.
"Haish, nak taknak nanti aku kena berdikari juga. Bukannya aku tak jumpa kau lagi ha. Setiap kali ada kelas, aku datang je. Boss aku baik orangnya." Elvina memaksa diri untuk tersenyum. Ingatkan mulut tu memang nak memcarutkan bossnya tapi dipaksa senyum juga. Kalau bukan sebab lelaki itu yang memaksa dirinya....
"Baguslah kalau dia baik. Aku risaukan kau." Langkah Melisa dan Elvina terhenti apabila terserempak dengan sekumpulan gadis-gadis itu. Ada manusia yang Elvina benci iaitu adik tirinya. Mata Elvina terbutang melihat pakaian perempuan itu.
Itu semua pakaian rekaan khas yang mewah dan ditempah olehnya dari pereka fashion luar negera dahulu. Rantai dan perhiasan lain yang dipakai oleh gadis itu juga diperhati.
"Kau tengok apa? Semua milik kau dah jadi milik aku. Kalau kau melutut depan aku, mungkin aku boleh bagi kau seutas gelang berlian ni. Yelah, kau kan dari kecil lagi dimanjakan dengan semua benda ni. Senang cakap, kau dah tak boleh hidup tanpa kemewahan." Kata Rania dengan angkuh. Elvina mengepal geram tangannya. Ikutkan hati memang dia nak ajar lagi manusia itu. Untung Melisa menahan dirinya sahaja dari membuat kecoh.
"Oh ya? Kalau rasa tak malu, pakailah barang aku. Dasar pencuri." Elvina tersenyum sinis. Memang dia akui, dia sudah terbiasa dengan barang mewah tetapi untuk melutut? Dalam mimpi!
"Hump! Kalau tak pakai sekali pun, papa bagi aku duit untuk beli yang baru. Kau pula?"
Rania mengangkat keningnya dengan bangga. Elvina merengus geram sebelum menyepak gadis di hadapannya jatuh tersungkur."Argh! Sakittt!"
"Agaknya kau memang nak aku patahkan tulang kau. Kau tunggu nanti. Aku sibuk sekarang ni." Tangan Melisa ditarik lalu mereka beredar. Elvina menahan kemarahan. Dalam dirinya penuh dengan perasaan benci. Dia mahu dua manusia yang menghancurkan hidupnya itu terima hukuman setimpal. Mata dipejam rapat. Skrin telefon yang baru dibeli dari hasil pinjaman duit dari Melisa itu direnung lama.
Nombor PA Tuan Rizqish Devyn didail......
[•••]
KERETA mewah import dari luar negara itu memasuki perkarangan kediaman Tuan Rizqish Devyn melalui pagar yang sangat tinggi dan terukir megah dengan cantik dan mewah. Kereta itu berjalan di laluan yang luas terbentang dengan hiasan jalan, di tepi jalan itu dihiaskan dengan pokok-pokok yang tinggi dan cantik. Walaupun sudah memasuki pagar itu, ia tetap mengambil masa sebanyak 6-7 minit untuk tiba di hadapan mansion lelaki itu kerana laluan yang agak panjang.
YOU ARE READING
The Devyn's Maid | TERBIT
RomansaMULA : 16 NOV 2019 TAMAT : 17 APR 2020 "Kau jaga aku, aku jaga kau." The Devyn's Maid. Wujudnya gelaran itu kepada insan bernama Elvina Naura. Seorang anak yang dimanjakan dengan kemewahan oleh keluarganya. Sehingga suatu hari kebahagiaan itu hila...