HANA ELYANA, seorang wanita kampung yang pernah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Farish. Mereka sempat mengecapi bahagia hanya sementara sahaja apabila Farish terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggalkan Hana buat selama-lamanya. Selepas itu, Hana bekerja di sebuah syarikat sebagai pembantu peribadi kepada pemilik syarikat tersebut iaitu Ungku El Elyas Ungku Ibrahim. Lelaki muda yang bekerjaya dan mempunyai rupa yang agak kacak. Ungku El Elyas juga telah pun punya kekasih hati iaitu, Azura. Lelaki itu bercadang untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya itu. Namun, segalanya berubah apabila Azura tidak muncul di majlis pernikahan mereka sehingga menyebabkan Ungku El Elyas terpaksa meminta pertolongan Hana untuk menjadi isterinya. Pada awal awalnya Hana enggan untuk menolong lelaki itu. Tetapi, apabila mengenangkan jasa baik Puan Mastura iaitu ibu Ungku El Elyas yang telah banyak membantunya ketika susah, Hana menerima cadangan tersebut dalam keadaan terpaksa. Akan bahagiakah mereka dengan perkahwinan yang tidak di duga ini? Bagaimana mereka berdua menjalani hidup sebagai suami isteri yang tiada rasa cinta? Akan menjelmakah cinta di hati mereka? Ikuti kisah #ElHana di dalam novel ini.