Seindah pelangi secerah mentari, Namun kau yang terindah. Hanya kau yang setia di sisi. Walau badai menghadang sekuat ombak menghempas pantai, namun kau tetap menanti.
Ammar Faeq - Kasihnya kepada Aisya Hazwani hanya sekadar sebagai seorang adik. Bagi Ammar Faeq, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Sya kerana dirinya sudah terlalu banyak terhutang budi pada keluarga Encik Amri. Encik Amri telah mengambilnya dari rumah anak yatim dan membesarkannya dengan penuh kasih dan sayang. Namun Faeq keliru akan asal usul dirinya dan tertanya - tanya kemana kedua ibu bapanya. Keinginan mencari identitinya yang sebenar membuak - buak dalam diri. Rahsia yang tersimpan ditutup kemas oleh Encik Amri. Lambat laun rahsia tersebut mesti didedahkan jua walau seperit hempedu. Faeq perlu tahu siapa dirinya iaitu pewaris tunggal kepada sebuah empayar besar yang berpengaruh bahkan semua harta tinggalan kedua ibu bapanya. Baginya hutang nyawa perlu dibalas nyawa.
Aisya Hazwani - Cinta datang tanpa diundang. Cintanya kepada abang angkatnya sendiri terlalu dalam sedalam lautan Hindi. Bagi Aisya, sekuat mana dia ditolak, ditepis, semakin bercambah cinta dan sayang kepada Faeq. Faeqlah yang selalu bersama dengannya susah,senang, tahu akan kegemarannya dan sangat memahami. Hanya faeq seorang saja yang dapat memujuk Aisya ketika dia merajuk. Hensome? wah2, tiap2 minggu dialah yang menjadi postmen abangnya ketika di sekolah. Adoiiyaiii,,,penat2.
Ketika bahagia mula menerpa, badai melanda tanpa direla. Rahsia yang tersimpan terbongkar jua. Dendam kesumat menguasai diri. Musuh dalam selimut ialah orang yang tidak disangka2. Apabila ketamakkan pangkat dan harta menguasi diri, pertalian darah tidak dipeduli. Mampukah Faeq menerima semua takdir yang tersurat? Sejauh mana kesetian Aisya terhadap Faeq apabila mahligai mereke diuji dengan wujudnya orang ketiga dan keempat?
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.'
Afaf Adra binti Mohd Azhar.
Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di cafe kesukakaanya. Kerana rasa tidak layak dan dia sedar dia sangat jauh dari type lelaki itu, dia hanya meluahkan isi hatinya dalam diari miliknya.
'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.'
'Fii Amanillah the guy I odore the most'
Affan Adry bin Mohd Fathi.
Berkulit hitam manis. Matanya hitam pekat yang mendebarkan bagi yang melihat. Seorang barista dan dalam diam dia juga menyimpan perasaan pada gadis yang selalu mengunjungi cafe miliknya. Di saat hati mula yakin, dia ingin melamar gadis itu ketika ulang tahun kelahirannya.
'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa)
Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula.
'Fi hifzillah fi amanillah'
- saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA,
Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]