"Kenapa encik tipu saya tempoh hari?" - Nurina Nabeelah "Mana ada saya tipu. Saya usik awak sikit je." - Megat Hafizul Hanis Hampir nak pecah relung kesabaran Nurina apabila mendapat tahu bahawa Megat Hafizul yang ditemui di rumah ibunya adalah lelaki sama yang bermuka asam pedas yang menyamar menjadi pelancong Perancis beberapa hari sebelumnya. Dahlah buat perangai macam orang tak bersalah, boleh pula menyibuk dalam kehidupan harian seorang Nurina. Bermula dengan kehidupan yang tenang, kucar-kacir jadinya. Di mana-mana sahaja mereka membuka arena berbahas. Entah bagaimana, mereka semakin lama semakin terikat. Meski masing-masing punya masa silam dah rahsia masing-masing, mereka belajar untuk menerima perkara baru dan tentunya; membawa masuk orang baru dalam hati. Baru hendak menyisip bahagia, satu susuk muncul mewujudkan nanar dalam hati salah seorang dari mereka. Masing-masing terluka namun lebih rela terluka demi membahagiakan yang satu lagi. Entahlah, mungkin bahagia milik mereka. Mungkin juga bukan dengan perkataan 'bersama'. "Boleh saya jadi honey awak, bee?" Akan datang...