﷽ - SYUHADAH 3rd BOOK Harapan palsu? Itu sudah menjadi makanannya setiap hari. Diuji dengan kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawa. "Tenang. Allah SWT hadirkan ujian sakit ini sebagai penghapus dosa. Tabahkan hati. Jangan seksa diri sampai macam ini." Dua bulan sebelum kahwin, hubungan pertunangannya pula terputus. "Sebab saya dah tak sempurna, awak sanggup putuskan hubungan kita?" "Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat sebab hadir dalam hidup saya sebagai harapan yang takkan jadi kenyataan." Menjadi penunggu asbab sebuah janji, namun akhirnya dia sendiri yang merana kerana insan yang ditunggu itu menjauhkan diri. "Mungkin saya memang ditakdirkan hidup di dunia ini, hanya untuk ditabur janji dan akhirnya dikhianati." Dia menyerah. Dia hanya redha dengan apa yang telah Allah tetapkan. Sebanyak manapun dirinya tersakiti, dia tetap bangkit melawan segalanya. Dia tetap bertahan hinggalah hubungan yang terpisah selepas tamat pengajian itu terjalin dan secara tidak langsung membawa dirinya ke arah kebahagiaan. "Ez akan sentiasa di hati Ra. Remember that." Terimalah, E.Z.R.A. START: 28 SEPTEMBER 2023 END: 20 NOVEMBER 2023 #1 in fakehope
71 parts