BLURB BLOCKED SERENDIPITY By HDH Serendipity. Menyebutnya juga sungguh sukar apa lagi mahu mengerti inti patinya. Jangan risau, cerita ini bukan entiti formal ilmuan. Hanya satu pemilihan kata untuk sebuah kisah yang mungkin begitu 'valueable' ataupun berharga. Kisah tentang dua sahabat yang membesar tanpa kehadiran entiti keluarga. Cukup mengenali kesusahan dan keindahan hidup di dunia bersama- sama sejak dibuang jauh Oleh keluarga masing- masing. Mizzle, gadis jelita yang mahu menakluki dunia dengan kecantikannya. Dia ceritakan semua impiannya kepada Bimble. Bimble, jejaka 'Introvert' yang hanya mahukan kehidupan yang sederhana tanpa masalah. Dia tidak pernah menceritakan apa- apa impiannya kepada Mizzle. "But My Dear Mizzle, sampai sekarang awak tak pernah jelaskan kepada saya. Apa yang menyebabkan awak nak jadi terkenal sangat? Is becoming super famous make a life more meaningful to you?" Tanya Bimble kepada Mizzle. Mendengar pertanyaan Bimble itu membuat Mizzle tersenyum. Dan senyuman itu boleh membuat Bimble seakan- akan terapung di langit, sama seperti bintang- bintang yang juga sedang menyaksikan mereka berdua selama ini. "To find my serendipity." Jawab Mizzle. Berkerut dahi si Bimble mendengarnya. Jawaban yang sama dia dengar sejak dulu lagi. "Never mind. Awak terlalu bodoh untuk memahaminya. How about you Bim. Kalau suatu hari nanti kita dah boleh tinggalkan tempat ni dan tentukan masa hadapan kita sendiri, apa yang kau rancang nak buat?" Tanya Mizzle kepada Bimble. Dan ketika itu Bimble hanya tersenyum menatap wajah indah milik Mizzle. Si Bulan dan si Mataharinya. Si siang dan si malamnya. Si gembira dan si sedihnya. Si jantung dan si peparunya. Si hidup dan si matinya. Tiada yang dia inginkan di dunia ini selain melihat Mizzle mencapai semua impiannya. Tapi jika Mizzle ingin tahu impiannya, mungkin dia boleh ceritakan sedikit kepadanya. -- Thru his memoir... Nobody know.
16 parts