[DISCONTINUED] Dua jejaka. Dua kisah yang berbeza. ... Maleique. Putus cinta bukan lah suatu perkara yang luar biasa untuknya. Tiga kali mengalami perkara yang sama sehingga Maleique mula menutup pintu hatinya buat sesiapa pun kini. Namun,muncul pula sebuah mimpi yang sering kali dialami oleh lelaki itu. Mimpinya tentang seorang gadis. Siapa gadis itu dan bagaimana gadis itu boleh berada dalam mimpinya itu Maleique tidak tahu. Namun hari demi hari,gadis itu menemani lenanya. Maleique mula mengenali gadis itu biarpun hanya dalam fantasinya sahaja. Sekali lagi,Maleique jatuh cinta. Namun wujudkah gadis khayalannya itu? ... Afreen. Si ulat buku. Personalitinya yang dianggap bosan oleh orang sekeliling membuatkan lelaki itu sentiasa berseorangan menghabiskan waktu terluang di perpustakaan. Afreen tak kenal sesiapa selain buku. Walaupun apa yang Afreen baca itu hanyalah sebuah rekaan semata-mata,Afreen tetap gembira kerana sekurang-kurangnya ada yang dapat menemani dirinya ini. Namun apabila suatu hari apa yang dibaca oleh lelaki itu bertukar kepada sebuah realiti dalam hidupnya,Afreen mulai keliru dengan dunianya sendiri. Ini bukan mimpi? Semua watak yang dia baca itu ialah sebuah realiti? Namun sehingga bila semua itu akan bertahan? ... "Ada yang kata mimpi itu sekadar permainan waktu tidur. Mimpi ialah sebuah ilusi semata-mata. Namun mampukah aku tempuhi kehidupan bertemankan realiti?" - Maleique "Kalau semudah itu segala apa yang kita fikirkan bertukar kepada realiti,alangkah bahagianya hidup semua orang di dunia ini." - Afreen
8 parts