EBOOK EMPAT BELAS 2024 Zulaikha Aisara, gadis kota yang hidup semuanya terlihat sempurna. Sedikit pun tidak pernah merasai kekurangan walaupun ibunya, Datin Zuhairah Arini merupakan ibu tunggal. Namun, semua itu telah berubah dalam sekelip mata selepas Datin Zuhairah meninggal dunia. Zulaikha atau senang dipanggil Ikha mula mengalami sebuah mimpi yang bersambung dari satu mimpi ke satu mimpi yang lain. Semua mimpi yang dialami, memberi Ikha satu petanda misteri tatkala apa yang dialami ketika berada di dalam dunia minda separa sedar berubah menjadi sebuah realiti. Bertambah aneh, apabila Ikha mendapati selendang merah peninggalan arwah ibunya yang ditemui ketika sedang mengemas rumah untuk berpindah adalah selendang yang sama seperti selendang yang diberikan oleh seseorang di dalam mimpi. Setelah selendang itu dijumpai, mimpi Ikha semakin pelik dan menyeramkan. Dia diminta untuk membuka sebuah pintu ke alam ghaib oleh Dayang Surina, wanita anggun yang seringkali muncul di dalam mimpi dan ingin menyerahkan selendang merah itu kepadanya. Kemunculan Azrul datang mendekati Ikha, mahu memberi bantuan menambahkan lagi misteri dan aneh terhadap mimpi yang dialami. Apakah kaitan mimpi Ikha dengan selendang merah? Adakah pertolongan Azrul diterima oleh Ikha atau pun dia menolak kerana tidak mempercayai mimpi sendiri?