❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Mengisahkan pasangan berkahwin yang ada pasang surutnya. Perkahwinan sedekad itu didatangi dengan ujian tanpa mereka sedari. Nama juga perkahwinan, hidup itu bukan selamanya indah tetapi semuanya di tangan kita. Pilihan. Raiq Zafri merupakan suami kepada Nura Inaya. Raiq seorang Eksekutif di salah satu Syarikat Teknologi yang terkenal di Malaysia yang terletak di Selangor. Bermula daripada seorang yang tidak mempunyai apa-apa sehinggalah dia mencapai tahap selesa dalam hidupnya sekarang ini. Nura Inaya seorang kerani di sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta yang terletak di Pahang. Dia dan Raiq berjauhan sejak mereka bercinta lagi tetapi hubungan mereka tetap bahagia. Apakah ujian yang menimpa pasangan ini? Rumahtangga mereka sejauh mana? Adakah Raiq dan Nura akan bahagia? Teruntuk Dirimu akan menemukan kita semua❤️ ❗️Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.❗️