Book 3. Kaira Alara. Diterajang, dilempang, dibelasah... sebutkan apa sahaja segala jenis penderaan fizikal. Semua dia sudah rasa berpunca daripada bapa kandung sendiri iaitu Dato' Khalid. Gelaran dato' pada pangkal nama lelaki tua itu ibarat hiasan dan kebanggaan semata. Walhal, dia dan ibunya, Puan Wahida hidup merana. Sejak kecil lagi, segala pukulan yang dikenakan ke atas dirinya ibarat pelengkap hari-hari Kaira Alara. Malah, hendak berkawan dengan sesiapapun gadis itu terasa takut. Risau jika diapa-apakan bapa kandungnya. Tak cukup trauma dengan zaman kanak-kanaknya, Kaira Alara membesar menjadi seorang perempuan yang lebih tertutup. Tiada siapa pun mampu mengetahui isi hati wanita itu. Sehinggakan suatu hari dia berfikir, dia tak layak bahagia kah? "You taknak beri I peluang ke?" Soal Kaira Alara. Lelaki itu, satu-satunya yang pernah bertakhta di hatinya dulu. "Aku tak boleh terima status kau anak Dato' Khalid, Kaira." Kaira Alara bungkam. Sebeban inikah status dia sebagai anak Dato' Khalid pada pandangan orang lain? "I memang nampak tak boleh diharap. But trust me, I'm dependable. Sekali I cintakan seseorang, I takkan pandang perempuan lain." Fikirnya, tiada orang lain sanggup menerima dia. Tapi, hairan. Rupanya ada. "I takut, bila-bila masa aje you boleh buang I. I perempuan yang teruk." Soalnya, sampai bila Kaira Alana akan terus terperangkap dengan masa lalunya? status: coming soon [2025]