Prologué

409 28 4
                                    

20 Jun, 2006.

"Argh, papa... sakit... Ai..aira s-sakit"

Swoosh!

"S-sakit p-papa... jangan pukul Aira lagi hiks..." Meraung-meraung gadis kecil itu meminta si bapa berhenti melibas tali pinggang ke tubuh halusnya. Sakit. Berbirat betis dan pehanya. Tak lupa juga bahagian perut dan belakang tubuh kecil itu. Wajahnya sudah basah dengan air mata. Setiap kali ibunya tiada di rumah, pasti dia akan jadi tempat bapanya melepaskan amarah tak berpenghujung.

Swoosh!

Whip!

Bunyi libasan tali pinggang tak henti menjengah rongga telinga Kaira Alara. Bayangkan, kanak-kanak yang berusia 7 tahun itu seringkali menerima setiap pukulan dan deraan bapanya sejak dia berusia 5 tahun. Perasaan traumanya dengan objek seperti tali pinggang, batang paip, penyangkut baju dan objek lain tak henti-henti menghantui diri.

"P-papa, Ai...aira taknak... hiks... s-sakit papa..." Rayu Lara. Wajah Dato' Khalid bengis. Lansung tiada secebis belas kasihan. Dia bencikan anak ini. Anak yang tak diundang. Dia mana pernah berharap untuk dapat anak perempuan. Lebih-lebih lagi anak yang datang dari rahim Puan Wahida.

Dia benci.

"Aku benci kau! Kau tak layak jadi anak aku." Cemuh Dato' Khalid selepas tali pinggang dibawa menjauh daripada Lara. Jarum pada jam di dinding sudah menunjukkan angka 5. Bila-bila masa sahaja isterinya bakal pulang ke rumah. Lara menunduk. Kenapa papa benci Lara? Apa salah Lara? Kusut kepala anak kecil itu memikirkan bermacam sebab bapa kandungnya bencikan dia.

Dato' Khalid mencengkam dagu anak kecil itu kuat. Sepasang mata itu merenung tajam ke dalam anak mata basah milik Lara. Manakala Lara pula tak henti menahan sedu akibat tangisannya tadi.

"Ingat, jangan bagitahu ibu kau. Kalau tak, lebih teruk aku kerjakan kau." Keras lelaki itu memberikan amaran. Apabila Lara masih senyap tak membalas, lebih kuat lagi dia mencengkan dagu Lara sehingga gadis kecil itu mendesis sakit.

"Faham tak!"

"F-faham..." Balas suara kecil itu. Sebaik sahaja Dato' Khalid melangkah keluar dari bilik tidurnya. Cepat-cepat Kaira mengunci pintu. Mengurungkan diri. Dia tahu ibunya bakal pulang sebentar lagi dan dia tak mahu ibunya tahu. Elok sahaja pintu sudah siap dikunci, Lara menyandarkan diri di pintu bilik sambil memeluk lutut.

Bajunya diselak ke atas, sambil mata basah itu merenung kesan libasan tali pinggang tadi. Bibirnya digigit halus.

Luka.

"Kenapa papa benci Aira?" Soalnya perlahan. Lebih kepada bertanya kepada diri sendiri. Kemudian, Lara merenung ke arah kalendar besar yang tertampal pada dinding. Tepat pada angka 20 dalam bulan Jun pada hari ini.

Hari ini merupakan tarikh hari lahirnya yang ketujuh.

Tiada sebarang sambutan hari jadi. Tiada juga hadiah seperti anak-anak lain. Melainkan, apa yang dia dapat hari ini adalah libasan tali pinggang dan amarah bapanya sendiri. Lara tunduk semula memandang betisnya. Penuh dengan kesan parut yang agak pudar. Ada juga luka-luka sebatan baru. Lara menahan air matanya daripada tumpah.

"Macam mana Aira nak jadi princess kalau kulit Aira dah buruk?" Lirihnya seorang diri. Cikgu kata, tuan puteri selalunya cantik. Kulitnya mulus. Tapi, bagaimana dia mahu jadi tuan puteri yang sering didambakannya kalau tubuh dia penuh dengan parut sebegini? Jauh sekali daripada ciri-ciri seorang tuan puteri.

Nasib dia baik kerana Puan Wahida sendiri percayakan dia untuk uruskan diri sendiri seawal 5 tahun lagi. Kaira Alara sudah diajar berdikari sejak kecil. Kalau dia tak pandai uruskan diri sendiri, pasti setiap luka itu sudah menjadi tatapan Puan Wahida. Sudah tentu dia bakal didera dengan lebih teruk lagi.

Lara bangun dari duduknya. Lantas dia mendekati ke arah alat permainan tanah liat berjenama Playdough tersebut. Itupun dibeli oleh Puan Wahida sendiri. Tangan kecilnya mula mengadun tanah liat tersebut sebelum dimasukkan ke dalam acuan berbentuk kek.

Dia mahu buat kek hari jadi buat dirinya sendiri.

"Sedapnya kek Aira!"

Siap sahaja sebuah 'kek' dibuat. Lara mencucuk mainan berbentuk lilin ke atas adunan tanah liat tersebut. Air mata dikesat menggunakan hujung lengan baju sebelum dia berdehem kecil bagi membetulkan tekak.

"Happy birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to Aira,
happy birthday to you!"

Lilin mainan ditiup secara olok-olok sebelum Lara tepuk tangan kecil. Meraikan.

Kaira Alara, menyambut hari lahirnya yang ketujuh seorang diri. Lagipun dia tak mengharapkan Puan Wahida untuk membelikan dia sebuah kek. Lara tahu ibunya sendiri pun tak berapa nak cukup duit untuk tampung mereka berdua. Pada pandangan orang luar, nampak sahaja mereka hidup senang. Padahal tidak.

Puan Wahida setiap hari bertungkus-lumus mencari rezeki buat mereka berdua.

Tok! Tok! Tok!

Lara tersentak. Kepala dikalihkan ke arah pintu biliknya. Luka yang kian menyengat pada tubuh diabaikan sebelum dia melangkah menuju ke pintu bilik.

"Siapa?" Soal suara kecil itu.

"Ibu ni."

Apabila yakin tiada sebarang suara yang datang dari bapanya, terus pintu bilik dibuka. Kelihatan Puan Wahida bersama sepotong cheesecake menghiasi kornea matanya. Kek tersebut dipandang bergilir dengan ibunya.

"Selamat hari lahir, anak ibu." Dada Lara terasa mahu pecah. Ibu ingat birthday Lara! Memandangkan hidup Lara sentiasa sunyi, sejak kecil lagi dia sudah kenal erti menghargai. Lara menghargai segala momen indah yang terjadi dalam hidupnya.

"I-ibu..." Panggilnya pelan. Tak dapat ditahan lagi, tubir matanya mula mengalirkan air mata. Lara sebak. Biarpun kek hari lahirnya tak sebesar mana, namun ianya masih sebuah kek. Paling penting, ibunya tahu perisa kegemaran dia. Perisa keju.

"Kenapa anak ibu menangis ni? Ibu... tak cukup duit nak belikan Aira kek besar-besar. Ibu minta maaf, Aira." Puan Wahida mula rasa serba salah.

"T-tak ibu... Aira... Aira cuma nak cakap terima kasih sebab belikan Aira kek." Puan Wahida tersenyum tawar. Dia dikurniakan seorang anak yang memahami keadaan dirinya. Tangannya mengusap kepala Lara penuh kasih.

"Janji dengan ibu, satu hari nanti Aira kerja besar-besar, Aira beli kek kegemaran Aira puas-puas, ya?"

Coming soon, 2025.
Jangan kacau Dee, Dee dah sibuk dengan
assignment!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 22 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[CS] Saat Hati Memilih DiamWhere stories live. Discover now