Dik, aku lupa.
Aku terlalu asyik membilang rasa sedih, terlalu ralit meratap masa lalu sampai aku lupa untuk terus bergerak di masa sekarang.
Aku lupa yang dulu aku janji dengan diri, aku nak jadi orang hebat, orang kaya. Aku mahu, poket aku jadi perantara rahmat untuk orang yang melarat.
Aku lupa, memori berat tak sepatutnya meranapkan darjat aku, tapi cara aku bawa yang hancurkan semua.