AicyQueen

Hi! Sesiapa nak beli topup guna tng ebelia boleh dm saya ❤️ tumpang promote! 

AicyQueen

Bab 7 Shane Marvin.
          
          Aku nak kenal kau dengan lebih rapat boleh tak? Aku tertarik nak kenal dengan kau tapi kau sombong sangat" aku tergamam dengan permintaan mamat ni. Aish, ingat kan dah putus asa. Hmm. Buat sementara waktu aku diam dan mukaku hanya serius. 
          
          “Nanti saya fikirkan ya? Sebab sekarang ni tak boleh. Saya ada kerja nak buat. Customer pun makin ramai. So, if you don't mind. May I take your order please? Kalau Encik ada nak order lah." senyuman nipis diberikan kepada jejaka yang berdiri di hadapan kaunter. Walaupun aku tak puas hati dia cakap aku sombong. Tapi hidup ni kita kena sabar geng. So sabo jelah. Nafas di tarik dan di hembus perlahan. Riak muka bertukar beku. 
          
          Terjongket senyum sinis sedikit di bibirnya tetapi tidak begitu ketara. Respon daripada gadis tersebut kelihatan seperti dia mempunyai harapan untuk mengenali gadis jelita ini.  

mintshtella

Di dalam semak terjumpa biawak,
          Hi assalamualaikum awak. 
          Kalau tak keberatan masa, 
          Jemput baca story saya ✌
          
          https://www.wattpad.com/story/294270223?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_writing&wp_page=create&wp_uname=mintshtella&wp_originator=GqbKPvZncnSuiPuHGeRpJfCenTdmOmaMAdGc%2FNseF81KgBBlNVAwXM83uh35M8jGBiY9HMByiCnR8d331z%2B0EXKtoIRysGO6UQI4JtCH7Qp03VjxLLxBW95VKw8laBz1
          
          Enigma. 
          
          "Tapi pembunuh tu nampak kau." 
          
          "Kenapa aku kena percaya kau?"
          
          Qael Ayyash. Menjadi pembunuh upahan bukanlah kehendaknya. Nasi sudah menjadi bubur, terikatnya dia dengan kumpulan Hitman telah menyebabkan hidupnya terkandas. Mahu tak mahu, dia perlu membunuh. Kejam.
          
          Ditemukan atas satu pembunuhan. Target Qael yang sebenar adalah perempuan itu. Namun pada saat akhir, Hunter menukar sasaran. Tiga kali target tersalah, namun tidak untuk kali ini. Setelah disiasat, Qael akhirnya tahu Tuan mahu membunuh Puan Safira, ibu kepada gadis ganas bergelar Qai.
          
          "Apa hubungan kau dengan Tuan Qayyum?"
          
          Qaisya Ayana, gadis ganas tidak kenal erti takut. Merupakan pemilik Q's Flor. Tenaganya kuat, setanding jantan. Tapi sayang... lurus orangnya. Disuruh A, dibuat B. Bendul.
          
          "Kau kan polis, tangkaplah dia."
          
          Untuk mendapatkan maklumat sahih, Qael perlu mengenali Qaisya. Qaisya terlalu naif! Dia percaya bulat dengan kata-kata dusta lelaki itu.
          
          Qael mengenali Qaisya sebagai pemilik Q's Flor. Waima Qaisya mengenali Qael sebagai seorang inspektor polis. 
          
          Kedua-duanya dibutakan kebenaran. Hatta mereka meneruskan lakonan.
          
          Kebenaran mula dirungkaikan dan Qaisya mula menjadi mangsa keadaan. Bermula saat itu, Qael yakni Knight akan menjalankan misinya yang sebenar.
          
          "I will be your Knight."
          
          "Lets protect each other."