AkmalIsmailA_IU

Selalu, mungkin kita(diri ini) kena meminta orang lain mendoakan kebaikan buat diri ini yang hina, kerana itu juga jalan tawassul yang syar'ī. Ini disebabkan diri ini dipenuhi dosa, sehinggakan untuk menjadi pengemudi kapal pun susah, apatah lagi mencantikan kapalnya.
          	
          	

AkmalIsmailA_IU

Selalu, mungkin kita(diri ini) kena meminta orang lain mendoakan kebaikan buat diri ini yang hina, kerana itu juga jalan tawassul yang syar'ī. Ini disebabkan diri ini dipenuhi dosa, sehinggakan untuk menjadi pengemudi kapal pun susah, apatah lagi mencantikan kapalnya.
          
          

AkmalIsmailA_IU

Mungkin, antara yang utama buat diri ini kuat untuk terus hidup adalah berusaha menjadi Shāliḥ bagi menabur doa-doa kepada yang telah pergi; sang ayah dan yang masih ada; sang emak.
          
          Doakan diri ini menjadi Shāliḥ dan kekal di atasnya.
          
          Walillāh Narjū.
          
          

AkmalIsmailA_IU

"Harini, di subuh yang hening, genap dua tahun si ayah meninggalkan kami di dunia ini compang-camping, terumbang-ambing dalam mencari jalan keduniaan secara lebih mendalam. Sungguh, keperitan rasa kerinduan itu tidak akan pernah hilang.
          
          Dalam banyak perkara yang daku rindukan, ada satu yang ingin dipahatkan di sini.
          
          Diri ini ini sangat rindu untuk bersembang tentang banyak sukan dengannya. Dulu, beliau sangat meminati sukan walaupun karier dirinya di dalam bidang akademik.
          
          Daripadanya kami belajar main badminton, daripadanya kami belajar main ping-pong, daripada kami belajar main bola, dll.
          
          Sungguh, kerinduan itu tidak akan pernah pudar dan sirna daripada diri ini".
          
          Moga kami sekeluarga semuanya bertemu di Syurga Al-Firdaus kelak. Āmīn.
          
          Moga emak kami dipanjangkan umur dalam kebaikan amal soleh dalam memandu kami yang masih lagi bertatih di atas dunia ini lagi ke arah menuju jalan kehidupan yang damai. Āmīn.

AkmalIsmailA_IU

Dulu ingat lagi, kalau ada apa permasalahan di kalangan saudara-mara, pasti ayah akan cuba sedaya upayanya untuk menyelesaikannya.
          
          Namun, semua itu tinggal kenangan. Diri ini bukanlah "ayah". Diri ini ialah diri ini. Tidak boleh dan tidak akan menjadi orang lain. Mungkin jalan diri ini berbeza, namun akan diri ini cuba sentiasa ingat bagaimana jalan yang "ayah" tempuh dalam seluruh kehidupannya ini. Diharapkan baik Hendak-Nya. Āmīn.
          
          -Rindu yang diharapkan tidak akan sirna di telan masa-
          
          -9.35 PM, K. SEL-

AkmalIsmailA_IU

Adakah kerana kaffarah atas satu kesalahan yang lalu akan diuji sebegini. Harap diri ini terima jika memang inilah kaffarahnya dengan harapan diberikan keampunan, kemaafan. Dirimu mampu menanggungnya wahai diri. Jangan pernah putus asa daripada Raḥmat-Nya wahai diri.
          
          Dirimu merayu kepada diri wahai diri!