AmbassadorsMY

Cinta hadir dalam pelbagai cara. Ada yang bermula dengan pertemuan tidak sengaja, ada yang tumbuh daripada persahabatan, dan ada juga yang hadir selepas melalui pelbagai ujian. Setiap kisah cinta mempunyai cerita dan rasa yang tersendiri.
          	
          	Salam mesra, Penjelajah Aksara!
          	
          	Jika anda peminat genre romantik atau seorang penulis yang gemar menghasilkan kisah penuh perasaan, inilah peluang anda untuk mengetengahkan karya anda ✨
          	
          	Kami sedang menyusun Senarai Bacaan Romantik, dan kami ingin mengetengahkan karya-karya menarik daripada komuniti kita. Selagi karya anda mengetengahkan kisah cinta, hubungan yang mengusik hati, perasaan yang sukar diluahkan, atau perjalanan dua insan dalam mencari kebahagiaan bersama, kami amat mengalu-alukan penyertaan anda!
          	
          	Hantar karya pilihan anda melalui pautan berikut:
          	
          	https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfz560Mf7Bpc3cjOtHr3p8FCxbS7VmPYkY_wl6oT3YgmRqIAA/viewform
          	
          	Marilah kita sama-sama menemukan kisah cinta yang mampu membuat pembaca tersenyum, berdebar, tersentuh dan mungkin juga jatuh cinta pada setiap halaman ✨
          	
          	Teruskan berkarya,
          	Pasukan AmbassadorsMY

eija94

@ AmbassadorsMY  ya terima kasih ada yang perlu saya  perbaiki balik
Reply

AmbassadorsMY

Cinta hadir dalam pelbagai cara. Ada yang bermula dengan pertemuan tidak sengaja, ada yang tumbuh daripada persahabatan, dan ada juga yang hadir selepas melalui pelbagai ujian. Setiap kisah cinta mempunyai cerita dan rasa yang tersendiri.
          
          Salam mesra, Penjelajah Aksara!
          
          Jika anda peminat genre romantik atau seorang penulis yang gemar menghasilkan kisah penuh perasaan, inilah peluang anda untuk mengetengahkan karya anda ✨
          
          Kami sedang menyusun Senarai Bacaan Romantik, dan kami ingin mengetengahkan karya-karya menarik daripada komuniti kita. Selagi karya anda mengetengahkan kisah cinta, hubungan yang mengusik hati, perasaan yang sukar diluahkan, atau perjalanan dua insan dalam mencari kebahagiaan bersama, kami amat mengalu-alukan penyertaan anda!
          
          Hantar karya pilihan anda melalui pautan berikut:
          
          https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfz560Mf7Bpc3cjOtHr3p8FCxbS7VmPYkY_wl6oT3YgmRqIAA/viewform
          
          Marilah kita sama-sama menemukan kisah cinta yang mampu membuat pembaca tersenyum, berdebar, tersentuh dan mungkin juga jatuh cinta pada setiap halaman ✨
          
          Teruskan berkarya,
          Pasukan AmbassadorsMY

eija94

@ AmbassadorsMY  ya terima kasih ada yang perlu saya  perbaiki balik
Reply

AmbassadorsMY

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
          
          Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 buat semua warga Malaysia! ✧✧
          
          Kami di AmbassadorsMY ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh warga Malaysia. Semoga semangat kemerdekaan terus mekar dalam diri kita dan perpaduan yang terjalin sentiasa menjadi kekuatan Malaysia.
          
          Apakah kenangan sambutan kemerdekaan yang selalu korang nantikan atau yang paling tidak dapat dilupakan? Ada tradisi tahunan yang korang lakukan bersama keluarga atau rakan-rakan?
          
          Kongsikan bersama kami di ruangan komen!
          
          Perpaduan diraikan bersama,
          Pasukan AmbassadorsMY
          

AshtoPhoenix

@AmbassadorsMY tengok perbarisan live dekat tv! Hehe best sebab dpt tengok badan uniform tunjuk aset dan uniform masing²
Reply

Alanna

@AmbassadorsMY Selamat Menyambut Hari Kebangsaan!
            Rasanya, sambutan dekat sekolah kot. 
Reply

AmbassadorsMY

✨ Fikir-Fikir Bersama Kami Minggu Ini ✨
          
          Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan keramat ini membawa seribu makna buat rakyat Malaysia kerana ia merupakan titik permulaan kepada sebuah negara yang merdeka. Sempena Hari Kebangsaan yang ke-69, jom kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menjawab soalan-soalan menarik ini.
          
          1. Siapakah tokoh kemerdekaan yang anda sanjungi, dan mengapa?
          
          2. Jika anda diberi peluang untuk menulis cerita fiksyen sejarah Malaysia, genre apakah yang akan anda pilih?
          
          Sambil berkongsi jawapan anda, jangan lupa untuk sertai Cabaran Coretan Merdeka, khas daripada pasukan AmbassadorsMY!
          
          https://www.wattpad.com/1653718825-pentas-cabaran-dan-aktiviti-8-cabaran-coretan
          
          Jom kita sama-sama meraikan Hari Kebangsaan melalui penulisan kreatif. Jangan lupa untuk tag AmbassadorsMY dan sertakan #FikirFikirBersamaAmbassadorsMY.
          
          Sentiasa berkhidmat,
          AmbassadorsMY

AshtoPhoenix

@AmbassadorsMY 1) banyaklah sbb tanpa diorang kita takkan merdeka harini. 
            2) Aksi. Nanti boleh tunjuk yg orang dulu berperang pakai keris je. 
Reply

LadyLove512

@AmbassadorsMY 1) Bagi saya, datuk dan nenek moyang kita adalah antara tokoh kemerdekaan yang underrated. Tanpa pengorbanan dan perjuangan mereka, kita mungkin tidak akan berada di sini hari ini untuk menikmati kemerdekaan dan segala kesenangan yang kita kecapi. 🇲🇾❤️
            
            2) Mungkin genre fantasi, sebab tiada batas apabila melibatkan dunia fantasi. ✨
Reply

AmbassadorsMY

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ✨
          
          Salam Penjelajah Aksara!
          
          Kita selalu mengenang kemerdekaan melalui sejarah, tetapi pernahkah anda terfikir untuk mencipta kisah anda sendiri tentang Malaysia? 
          
          Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, AmbassadorsMY menjemput para Penjelajah Aksara untuk menyertai Cabaran Coretan Merdeka!
          
          Kami sediakan 11 prompt kreatif yang membawa anda meneroka pelbagai sisi Malaysia, daripada sejarah dan perjuangan, perpaduan dan budaya, hinggalah kepada makanan, batik, permainan tradisional serta kisah merentas masa.
          
          + Maksimum 500 patah perkataan
          + Pilih satu prompt dan jadikan ia kisah anda
          + Karya kreatif berpeluang dimuatkan dalam Himpunan Antologi kami!
          Jadi, sudah bersedia untuk merdekakan imaginasi anda?
          
          Pilih satu prompt. Cipta cerita. Hidupkan semangat Malaysia melalui aksara!
          
          https://www.wattpad.com/1653718825-pentas-cabaran-dan-aktiviti-8-cabaran-coretan
          
          Bersama komuniti,
          Pasukan AmbassadorsMY

AmbassadorsMY

@BookS_ofMafia hi, terima kasih kerana berminat untuk sertai cabaran ini! Jangan lupa untuk kepilkan 500 patah perkataan cerita Cik di bahagian komen bab 8 Pentas Cabaran & Aktiviti! Kami tak sabar nak ketahui kisah kreatif Cik! 
Reply

BookS_ofMafia

@ AmbassadorsMY  Saya ingin menyertainya anda boleh melihat buku yang saya terbitkan di akaun saya
Reply

AmbassadorsMY

Hai, Wattpadders! 
          
          Borang permohonan untuk menyertai pasukan Ambassador kini dibuka! Sesi latihan seterusnya akan berlangsung pada November 2026.
          
          Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Program Ambassador? 
          Ketahui lebih lanjut di sini > https://www.wattpad.com/story/345106-the-ambassador-program
          
          Borang permohonan boleh didapati di bahagian akhir bab pertama.
          
          Kami tidak sabar untuk menerima permohonan anda dan menyambut kumpulan Wattpad Ambassadors yang baharu!
          
          Selamat membaca dan menulis!✨
          
          Pasukan Ambassadors

AmbassadorsMY

✨ Fikir - Fikir Bersama Kami Minggu Ini ✨
          
          Goooooool! Sorakan padu untuk gol tunggal perlawanan akhir Piala Dunia pasti masih terngiang-ngiang kan? Sempena pengakhiran Piala Dunia baru-baru Ini, jom kita jawab beberapa soalan menarik.
          
          1. Siapakah pemain bola sepak kegemaran anda, tidak kira di luar atau di dalam negara?
          
          2. Jika setiap genre bersaing dalam kejohanan Piala Dunia, genre manakah yang pasti anda sokong hingga wisel penamat?
          
          Jangan segan silu untuk menjawab soalan-soalan ini dan sila tag AmbassadorsMY dan sertakan #FikirfikirBersamaAmbassadorsMY
          
          Sentiasa berkhidmat,
          Pasukan AmbassadorsMY
          
          

LadyLove512

@AmbassadorsMY hehehe definitely 
            
            1) Lamine Yamal (Spain) 
            2) Rasanya akan sokong genre Aksi atau pun Misteri ✧⁠◝⁠(⁠⁰⁠▿⁠⁰⁠)⁠◜⁠✧
Reply

__syhadh

@AmbassadorsMY 1. Setakat ni, saya sebenarnya tak meminati bola sepak HAHAHA! Saya minat badminton je. Tapi pemain bola sepak yang saya kenal berdasarkan cerita-cerita daripada adik-adik saya ialah Bellingham dan Cristiano Ronaldo.
            2. Genre yang saya akan sokong ialah... Historical Fiction!
Reply

AmbassadorsMY

Kisah misteri sering mengundang rasa ingin tahu. Teka-teki yang belum terungkai, rahsia yang tersembunyi, dan plot yang penuh suspens mampu membuatkan pembaca terus tertanya-tanya hingga ke penghujung cerita.
          
          Salam mesra, Penjelajah Aksara!
          
          Jika anda peminat genre misteri atau seorang penulis yang gemar menghasilkan cerita penuh persoalan dan kejutan yang sukar dijangka, inilah peluang anda untuk menyerlahkan karya anda.
          
          Kami sedang menyusun Senarai Bacaan Misteri, dan kami ingin mengetengahkan karya-karya terbaik daripada komuniti kita. Selagi karya anda sarat dengan unsur misteri, teka-teki, rahsia yang mencetuskan rasa ingin tahu, dan mampu membuatkan pembaca terus meneka hingga ke penghujung cerita, kami amat mengalu-alukan penyertaan anda.
          
          Hantar karya pilihan anda melalui pautan berikut: 
          https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfz560Mf7Bpc3cjOtHr3p8FCxbS7VmPYkY_wl6oT3YgmRqIAA/viewform
          
          Marilah kita sama-sama menonjolkan kehebatan karya tempatan dan membina komuniti penulis serta pembaca yang mencintai dunia misteri yang penuh debaran ini.
          
          Terus berkarya, 
          Pasukan AmbassadorsMY

AmbassadorsMY

Salam Penjelajah Aksara,
          
          Fikir-Fikir untuk Minggu Ini ✨
          
          Adakah anda lebih gemar naratif orang pertama ("aku/saya") atau orang ketiga? Apakah perbezaan yang anda rasai antara kedua-duanya?
          
          Jom kongsikan jawapan anda di ruangan komen. Jangan lupa sertakan #FikirFikirAmbassadorsMY, dan sama-sama kita meneroka dunia sastera daripada perspektif yang berbeza.
          
          Bersama komuniti,
          Pasukan AmbassadorsMY

AmbassadorsMY

Salam Mesra, Penjelajah Aksara! 
          
          Pada bulan Jun ini, pihak Ambassadors MY ingin memperkenalkan penulis dan karya pilihan bulan Jun, iaitu Cik , seorang penulis pilihan genre seram dengan tajuk Tetamu! 
          
          Pautan kepada cerita Tetamu: https://www.wattpad.com/story/341031118-tetamu-c 
          
          Kisah yang dipilih ini penuh dengan mister yang pasti akan membuatkan anda terus ingin membaca sehingga ke penghujung bab! 
          
          Sekiranya anda berminat untuk mengetahui tentang proses penulisan di sebalik tadbir, anda dialu-alukan untuk membaca temu bual eksklusif bersama penulis di sini: 
          https://www.wattpad.com/1636100218-cerita-di-sebalik-pena-10-temubual-bersama-kyrias_ 
          
          Anda semua juga boleh membaca ulasan yang disediakan untuk karya Tetamu oleh KYRIAS_ di sini: 
          https://www.wattpad.com/1636099089-sorotan-pembaca-10-tetamu-oleh-kyrias_ 
          
          Marilah kita bersama-sama meyokong penulis tempatan dan meriahkan bahagian komen di segmen Cerita di Sebalik Pena dan Sorotan Pembaca di dalam pautan di atas. 
          
          Selamat Membaca dan Selamat Menjelajah! 
          
          Salam Mesra, 
          Pasukan Ambassador MY

AmbassadorsMY

Fikir-fikir Bersama Kami Minggu Ini✨️
          
          Salam mesra penjelajah aksara!
          
          Tanpa kita sedari, kita telah sampai ke pertengahan tahun 2026. Cepat betul masa berlalu kan? Jom kita jawab soalan-soalan minggu ini mengenai azam bacaan anda semua pada tahun ini. 
          
          1. Adakah anda telah memulakan azam bacaan anda pada tahun ini? 
              
          
          2. Macam mana anda atasi reading slump sepanjang enam bulan pertama ini? Ada satu cerita 'penyelamat' tak yang buat anda jatuh cinta balik dengan dunia membaca?
          
          Jom jawab semua soalan di ruangan komen dan jangan lupa tag #Fikir-fikirBersamaAmbassadorsMY 
          
          Sentiasa berkhidmat, 
          Pasukan AmbassadorsMY

AmbassadorsMY

@Lee_Sue_Han Wah! Sangat menarik! Teruskan usaha anda dan semoga karya anda mewarnai dunia oren ini
Reply

Lee_Sue_Han

@AmbassadorsMY ya . Selama setahu yang lalu saya telah membaca sebanyak 7 buku motivasi dan  hasil dari bacaan tersebut saya dapat mengubah cara saya berfikir, etika dalam kehidupan , membuat keputusan dengan seimbang dan membentuk peribadi yang baharu.  Untuk 6 bulan terakhir ini saya telah membaca 4 buah buku. Motivasi. Dan ini memberi semangat kepada saya untuk menulis semula.  Dan saya rasa hobi membaca telah kembali.
Reply