Apabila kita teruja akan sesuatu bentuk pertolongan atau apa sahaja jenis Charity. Kita mungkin akan mendapat perlakuan yang begini
"Alaah..ramai lagi yang tlg org."
"Kau ingat dia sorang je ke yg buat kerja2 tu"
Persoalannya???
"Ramai lagi" itu antara siapa? Siapa yang tergolong dalam antara ramainya manusia?
Sebagai contoh, "wei dia ni buat charity besar-besaran lah".. Kawan dia pula cakap " masih ramai lagi yang buat, macamlah dia sorang jer."
Kalau kawan dia cakap macam tu, keesokannya dia tunjuk org lain pulak, Dan jawapan yang sama dia dapat..
Ramai itu menunjuk kepada siapa? Siapa yang tergolong dalam ramai itu? Perlukah dia menunjukkan kesemua org di muka bumi ini utk membuktikan kepada rakannya bahawa kata2nya benar?