Suka dengan penulisan AnnSelasih. Saya memang suka sangat genre historical fiction ni. Lagi- lagi ada kena mengena dengan keluarga diraja nusantara. Antara contohnya Melaka... sebenarnya kalau Malaysia nak buat drama atau novel sejarah banyak sangat boleh buat. Latar belakang kesultanan Melaka,Perak,Johor,Kedah, Kelantan dan banyak lagi. Belum cakap perbezaan dinasti yang memerintah. Contoh macam Korea ada dinasti silla,baekje,goguryeo dan joseon. Negara kita boleh buat drama yang kaitkan kesultanan atau kerajaan yang pernah wujud kat Malaysia. Contoh Dinasti Melaka diteruskan oleh Kesultanan Pahang,Perak & Johor. Sebenarnya dinasti yang memerintah Pahang,Perak & Johor masih mewarisi darah kesultanan Melaka cuma nasab disebelah bapa je yang dah lain. Mereka mewarisi darah kesultanan Melaka disebelah ibu kerana kebanyakan waris lelaki kesultanan Melaka mangkat tanpa ada penerus lelaki. Author please sambung kisah Sultan Mudzaffar dan Tun Kudu. Menarik sangat ceritanya. Daripada penelitian saya, author banyak ilmu pengetahuan sejarah sebab nama-nama watak yang disebut memang wujud dan ramai yang tak tau melainkan seseorang tu benar-benar mahu tahu. contohnya Raja Mahadewi & Tun Senaja. Dan tak juga lari dalam mana-mana cerita fiksyen yang takde watak yang direka contohnya dalam cerita Dua Pewaris yang ditulis author iaitu Bidasari,Malin... Teruskan author I always support you. Sekarang ni asyik tengok update dari author je sebab penceritaan author buat saya