AzieanaIsmail

JADIKANLAH DIA,...JODOHKU! 1
          	RYAN merenung wajah kekasih hatinya dengan penuh rasa sayang. Sepanjang  perkenalan mereka yang hampir menjangkau usia lima tahun itu, pelbagai ranjau dan onak mereka tempuhi bersama hingga akhirnya termenterai sebuah ikatan. Sebuah ikatan yang dinamakan pertunangan. Dan tidak lama lagi, ikatan pertunangan itu akan bertukar kepada sebuah perkahwinan. Ya, mereka berdua sudah tidak sabar lagi untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri. Tambahan pula hubungan mereka mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga.
          	“Sayang, awak nampak cantik sangat hari ni…mengalahkan kecantikan bidadari di kayangan.” puji Ryan  sambil memandang wajah  Qilla yang sudah bertukar warna  Bagi Qilla, pujian itu terlalu tinggi untuknya. Segan pula bila dirinya di anggap sangat cantik. Malah melebihi kecantikan bidadari. Tak logik pula rasanya, tapi tetap terselit juga rasa bangga bila  mendengar kata-kata itu.
          	“Awak ni Ryan, kalau bab memuji…memang nombor satu….tapi, kalau masuk bab berjanji, memang tak ada nombor langsung…jarang awak nak tunaikan.” kata Qilla sambil melirik manja ke arah Ryan. Sengaja nak mengawal rasa segan dan bangga yang sudah bertamu di hati. Dia  tunduk menyedut minuman yang masih bersisa.
          	Ryan tergelak kecil. Tahu sangat akan kelemahannya yang satu itu. Bukan hanya Qilla yang sedia maklum, tapi sesiapa sahaja yang mengenalinya pasti akan komen dia pasal sikapnya itu. Apa boleh buat, memang itu kelemahannya yang sukar nak di ubah. 
          	“Walaupun, saya ni sukar nak tunaikan janji…tapi saya tetap juga nak berjanji dengan awak satu perkara ni…perkara yang cukup penting dalam hidup saya dan saya harap saya mampu tunaikan janji ini.” kata Ryan sambil merenung wajah Qilla. Satu-satunya perempuan kesayangan dia. Wajah Qilla yang selalu kelihatan ceria kini bertukar menjadi serius.
          	Qilla mula berdebar-debar menanti kata-kata yang seterusnya keluar dari mulut lelaki pujaannya itu.