Bayu sibuk kerja. Tapi Bayu dah sampai tahap burn out, biasalah tempat baru kan. Senior senior semua pakat suruh kita buat kerja extra.
So Bayu decide sambung semula menulis. Boleh lari dari dunia sebenar kejap.
Bayu ada beberapa cerita tengah ongoing sebenarnya. Tapi rangka je lah. Nak buat ayat bukan senang.
Bayu suka imaginasi. Tapi sejak pakai term2 specific dalam dunia bekerja ni, vocab Bayu dah semakin limited.
Badan Bayu ni dah penat sangat. Kerja dengan benda hidup ni payah.
Semoga Bayu rajin update. Untuk Meta, Bayu setakat ni dah siapkan sampai bab 12 sebenarnya, berserta dengan ending sekali. Cuma belum ada kesempatan cek semula.
Bayu kalau buat cerita, rangka watak, biodata, family tree, semua Bayu senarai. Takut nanti lupa, cerita lari dan tak telly. Dan Bayu selalunya buat ending sebelum apa-apa (selalu? Hah selalu buat cerita tapi tak pernah post dekat mana-mana). Sebab Bayu anggap penutup tu goals yang Bayu perlu capai. At least goals tak lari jauh la ye.
Sorry la cerita Bayu macam meleret-leret. Sebab Bayu kenal sangat dengan watak-watak yang Bayu dah cipta. Jadinya Bayu terbawa-bawa nak sampaikan watak-watak Bayu.