CTNurza

Salam.
          	Wah, dah lama saya tak masuk sini! Bertahun juga tak tulis buku dan karya baru di laman Oren ni. Malam ni baru sempat menjengah. Terima kasih Wattpad kerana meletakkan buku puisi haiku saya di rangking pertama untuk Puisi genre haiku di laman ini. Alhamdulillah! terima kasih kepada wattpaders semua yang sudi membaca karya kecil saya di sini. Insya-Allah, nanti saya bertamu lagi meninjau karya rakan² di sini. All the best semua!

CTNurza

@CTNurza terima kasih dik...
Reply

myzatulaina

@CTNurza Alhamdulillah,, goodluck too^_^
Reply

CTNurza

Salam.
          Wah, dah lama saya tak masuk sini! Bertahun juga tak tulis buku dan karya baru di laman Oren ni. Malam ni baru sempat menjengah. Terima kasih Wattpad kerana meletakkan buku puisi haiku saya di rangking pertama untuk Puisi genre haiku di laman ini. Alhamdulillah! terima kasih kepada wattpaders semua yang sudi membaca karya kecil saya di sini. Insya-Allah, nanti saya bertamu lagi meninjau karya rakan² di sini. All the best semua!

CTNurza

@CTNurza terima kasih dik...
Reply

myzatulaina

@CTNurza Alhamdulillah,, goodluck too^_^
Reply

CTNurza

Assalamualaikum...
          
          Salam kedamaian buat semua. Terima kasih banyak-banyak kepada sahabat-sahabat baru yang sudi follow jadi rakan saya. Alhamdulillah! Salam perkenalan untuk semua. Insya-allah! Nanti saya follow back mana yang belum lagi saya follow tu ya. Selamat  berkarya dengan jujur dari jiwa yang tulus. Maju Jaya selalu... 

CTNurza

@afiifah_shariha waalaikumussalam... Hehehe takpe je dik. Maaf ya lambat jawab. Line internet akak teruk sangat sekarang, itu tak dapat nak masuk laman ni lepak2 baca karya rakan2 di sini...
Reply

afiifah_shariha

@CTNurza Assalamualaikum akak. Saya bukan follower baru tapi datang nak menjenguk. Hehe. Terus berkarya ya. Saya baca, insya Allah :)
Reply

CTNurza

Assalamualaikum...
          Terima kasih kepada semua yang sudi menambah buku saya dalam koleksi pembacaan masing2. Maaf, sudah lama saya tidak menjengah dan menulis buku baharu di sini... apa pun selamat berkarya buat adik2 semua. Semoga sihat dan terus berjaya.

CTNurza

Alhamdulillah. Akak sihat.
Reply

CTNurza

@CTNurza Ha ah dik. Mana tau? Buku solo kedua akak pun akan terbit bulan Julai ni. Insya-Allah.
Reply

norsamilasamsudin

@CTNurza Hai akak! Sihat? Akak masih aktif berpuisi dengan e-sastera, ya?
Reply

CTNurza

Assalamualaikum...
          Selamat malam semua. Lama dah bercuti dari laman oren. Apa khabar semua? Mohon maaf lama tak membaca karya rakan2 di sini. Insya-Allah! Selesai projek2 buku fizikal saya nanti, saya join balik berkarya di sini. Jaga diri dan jaga kesihatan semua musim Covid ni ya... 

CTNurza

@zamharibakti akak pun nanti nak pungut balik karya2 akak di wp ni bukukan dan terbit sendiri.
Reply

zamharibakti

@CTNurza sayang kak, kalau tak dibukukan
Reply

CTNurza

@zamharibakti Oh ya ke dik? Tak pe, cuba je. Tak menang tak pe, dapat belajar lagi daripada pengalaman. Insya-Allah! Kejayaan tetap ada nanti.
Reply

ISMISYAFIKAH

Akak. Menghilang p mana?

ISMISYAFIKAH

@CTNurza insha Allah, sama² akak :)❤
Reply

CTNurza

@IsmiSyfkah terima kasih dik. Ya, Insya-Allah! Akak reda semua tu walaupun berat untuk terima kenyataan. Mungkin ada hikmah yang terindah Allah sembunyikan tanpa pengetahuan akak. Terima kasih doakan akak ya.
Reply

ISMISYAFIKAH

@CTNurza Allahu... sedihnya. Sya xbole ckp akak mesti kuat, sbb akak memang dah kuat hadap. Insha Allah sya tunggu akak join eh. Sma² akak.. tiba² tegerak hati nak mesej kat sini 
Reply

CTNurza

Catatan Ahad - Motivasi buat diri.
          
          "Sebagai penulis, kita adalah contoh kepada diri sendiri dan keluarga. Tampilkan apa yang kita tulis itu, seiring dengan sikap peribadi kita secara tulus dan jujur. Bukan hipokrit! Jika tulisan kita dapat membentuk diri sendiri dan keluarga terlebih dahulu selain pembaca, sebenarnya itulah kejayaan besar  yang paling hebat kita meletakkan diri sebagai seorang penulis. Biarkan orang lain yang menilai dengan bijak siapa kita, BUKAN diri sendiri menekan lift memuji diri! Na'uzubillah... sehebat apa pun kita, pasti akan belajar daripada kesilapan dan kelemahan diri juga orang lain."
          
          ©CTNZ16
          25 Feb 2018
          2.00 PM

CTNurza

Motivasi Diri : "Kita meniti kehidupan ini sama ada susah atau senang untuk melaksanakan segala usaha atau impian kita, bergantung kepada niat dan matlamat masing-masing. Jika baik dan luhur niat di hati apa dibuat semua menjadi dan Allah redai. Carilah restu daripada insan yang bergelar suami, ibu, ayah, guru dan sahabat2 yang ikhlas merakani kita tanpa iri dan dengki, Insya-Allah! Segala laluan Allah permudahkan walau adakala diuji dan diduga terlebih dahulu. Insya-Allah! Jalan sukses terbuka luas dengan kegigihan usaha kita selain berdoa dan bertawakal kepada-Nya. Jangan hanya menunggu orang lain untuk membantu diri kita tetapi kita sendiri amat berkira untuk membantu orang lain dan hanya mahu melepaskan diri sendiri seperti enau di dalam belukar!" ~ CTNurza16/www.www.wattpad.com

elinmohamad

Assalamualaikum! Indah-indah puisinya, satu refleksi tentang penulisnya yang berjiwa halus dan damai! 

CTNurza

@elinmohamad waalaikumussalam... tulisan di sini cuma coretan-coretan idea spontan yang mentah saja elin. Belum disunting sebaiknya kecuali untuk terbit dalam buku akan dimurnikan kembali. Hehe... seadanya saja. Masih belajar-belajar lagi ni. Jom kita usaha sama2 untuk berjaya dengan minat dan bakat Allah pinjamkan kepada kita ya.
Reply

CTNurza

 Hidup ini seumpama kita menaiki kereta kabel. Jika talinya teguh dan kukuh, kita akan selamat mendaki ke destinasi cita. Jika sebaliknya, kita akan meluncur jatuh tercampak ke gaung yang paling dalam. Maka itu, teruskan perjalanan andai kita yakin akan sampai dengan sejahtera...

CTNurza

Usah bertanya mengapa aku sepi, tetapi bertanyalah mengapa sepi itu indah bagiku? Sepi mengingatkan aku kepada mati. Justeru, biar sepi itu mentarbiah diriku agar sentiasa bermuhasabah mendekatkan diri kepada DIA, menilik cacat cela sendiri dan bukan menjadi teropong untuk melihat kuman di seberang laut! Biar apa yang disangka, aku tetap menjadi diri sendiri. Salam sore buat semua. Jomlah kita berkarya dengan tenang di sini...