Cik AS dah update entri baru TAMD versi baru. Tajuk dah bertukar ya.
UZLT
(Sedutan prolog)
“Sa… sakit…” Terketar-ketar Dalili bersuara. Sedang berusaha bangun sambil menahan rasa sakit di kaki dan tangannya akibat hentakan kuat di atas tar jalan tadi.
“Ya Allah, tangan awak luka ni.” Lelaki itu bantu membangunkan Dalili yang masih terbaring di tengah jalan. Nasib baik tak ada kenderaan yang lalu ketika itu.
“Aduh!” Dalili terjerit kecil ketika tubuhnya diangkat lelaki tidak dikenali tersebut.
“Sakit ke? Sakit dekat mana?” soal lelaki itu cemas.
“Paha saya…” Lemah suara Dalili.
Bahagian tepi pahanya terasa sangat sakit. Mungkin kesan akibat hentaman tadi.
“Teruk juga keadaan awak ni. Saya bawa awak pergi kliniklah. Tengok, lengan awak dah mula berdarah ni.” Lelaki itu membelek tubuh Dalili, cuba mencari luka di bahagian lain.
“Ta… tak apa. Sikit je ni, encik. Saya okey.” Dalili menolak. Kalau boleh dia mahu terus pergi dari situ. Dia sangat takut kalau penjahat-penjahat tadi masih mengejarnya.