Apa anda rasa jika anda sering mendapat mimpi ngeri yang sama setiap malam?
Apa yang akan anda lakukan?
Sedih
Takut
Sunyi
Semua itu aku rasa setiap kali aku mimpi itu datang menghantuiku. Aku tiada tempat untuk mengadu. Ibu saudaraku yang menjagaku pada waktu itu tidak mempedulikanku.
Namaku Rasha. Aku sering mengalami mimpi yang sama sewaktu aku berumur 8 tahun. Ia berlaku selepas aku menemui ibu bapaku mati di taman belakang rumah. Namun, mimpi itu berhenti selepas aku berumur 14 tahun.
Namaku Saiful. Aku juga sering mengalami mimpi yang sama sewaktu aku berumur 8 tahun selepas kehilangan ibuku. Namun, mimpi itu berhenti selepas aku berumur 14 tahun.
Enam tahun kemudian, mereka bertemu. Sejak itu, mimpi yang telah lama menghilang kembali menghantui mereka.
Apa kaitannya mereka berdua ini? Apa maksud mimpi itu?
Ikuti kisah mereka dalam novel sulung saya, Mimpi.