RANDOM TEASER BGMI 1
“Tuan, baju nak letak mana?” Arya terus menyoal tanpa menghiraukan pandangan tajam suaminya itu.
“Tong sampah.”
“Hahaha! Lawaknya. Sungguh lawak. Tepuk!” Arya menepuk tangannya.
Semakin tajam Rayyan memandang Arya. Jujur dia katakan bahawa gadis itu tersangat menguji kesabarannya. Jika dia tahu begitu perangai sebenar gadis itu, memang dia takkan bersetuju untuk kahwin.
“Aku bagi amaran, jangan sentuh walau satu pun barang dalam bilik ni. Faham?”
“Satu je kan tak boleh sentuh? Hmm?” soal Arya. Keningnya dijongket.
“Kau sentuh, nahas kau.”
“Tuan nak buat apa kalau saya sentuh?” soal Arya lagi. Dia bangun dan menghampiri Rayyan. Wajahnya didongak sedikit memandangkan Rayyan jauh lebih tinggi berbanding dirinya. Anak mata lelaki itu direnung.
“Aku akan buat kau menyesal seumur hidup,” tegas Rayyan. Renungan mata isterinya dibalas.
“Wah, takutnya saya...”
Rayyan mengetap gigi. Selamba sahaja gadis itu mengejek amarannya? Taguna!
Arya semakin merapatkan dirinya dengan Rayyan. “Saya tak takut dengan amaran tuan. Saya isteri tuan. Saya ada hak. Saya nak sentuh apa pun, suka hati sayalah. Bahkan saya nak sentuh tuan pun boleh. Macam ni.” Arya sengaja memainkan jarinya di kolar baju Rayyan. Dada lelaki itu turut diusap lembut. Bibirnya mengukir senyum.
“Don't. Mess. With. Me!” tegas Rayyan. Tangan Arya ditepis kasar. Pusingkan tubuh, Rayyan mengatur langkah ke arah pintu. Semakin lama dia berbalas kata dengan Arya, semakin hilang kesabarannya.
Sebaik susuk tubuh Rayyan keluar dari bilik, Arya tergelak kecil. Terasa suka pula menyakat suaminya yang iceberg itu. Bukan dia tidak perasan wajah beku Rayyan merah padam di saat dia memainkan jarinya di kolar baju lelaki itu tadi. Well, ini Arya. Apapun dia boleh buat. Dan misi utamanya sekarang ini adalah...
Mencairkan Mr Iceberg itu!
_____
Untuk join pre-order, tekan https://wa.link/2me7my