DhiaHasrollah

Happy New Year semua 

bukumanees

Hye, tumpang promote ye. Kalau rasa tak selesa boleh delete message ni♥
          
          "Auchh" Mia menarik tapak tangannya laju. Luka yang masih merah itu dilihat. Sakit. 
          
          Dia tercebik kecil sambil memandang ke arah Khairil di hadapannya. Lelaki itu mengambil kapas dan dituang sedikit minyak gamat ke atasnya. 
          
          "Sinilah aku nak sapu ubat tu kat luka kau.  Biar lama-lama masuk kuman nanti" Kata Khairil sambil menggamit Mia mendekatinya. 
          
          Terus saja Mia menggeleng laju. 
          
          "Tak nak, sakit" Dia berkata perlahan sambil menunduk. 
          
          "Siapa suruh gatal sangat pergi panjat pokok rambutan tu. Kalau aku tak datang tadi mesti teruk kau jatuh" Bebel Khairil. Lengan Mia yang berlapik t-shirt lengan panjang itu ditarik ke arahnya sedikit. 
          
          Mia menunduk, seketika dia terlihat luka di siku lelaki itu. Kalau nak dibandingkan dengan lukanya, luka lelaki itu lebih teruk tapi dia tak sakit ke? senyap je dari tadi. 
          
          "Maaf sebab terjatuh atas awak, mesti sakit kan" Kata Mia lagi. Serba salah pula dia rasa. Gara-gara nak sambut dirinya, lelaki itu terjatuh sekali. 
          
          "Takpe, aku lelaki. Setakat luka macam ni boleh tahan lagi. Kau tu, lepasni jangan nak pandai-pandai panjat pokok sendiri. Gaya macam tak pernah tengok pokok je kau ni" Bebel Khairil lagi sambil menjentik dahi Mia perlahan. Lukanya sudah siap ditampal dengan plaster pun. 
          
          Khairil bangun ingin mengemas semula ubat-ubatan dan kapas yang digunakan tadi. Seketika Mia menahan. Khairil memandang Mia bertanya kenapa? 
          
          "Luka awak tu pun tak cuci lagi, biar saya tolong" Kata Mia perlahan sebelum kembali menarik Khairil untuk duduk di hadapannya. 
          
          Khairil tersenyum kecil
          
          •••
          
          Link:-
          
          https://www.wattpad.com/story/218079789?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=Fallenrara&wp_originator=rpAsaDpKGFx3dXkyazEl5H51LbmrjCGTb9R940IieXY7wLVdrvoKyDj99JDuovzvMpCgNNMsk8FxqzU8GyOzdZIoYNXngSa4SQ05Yqm%2Fls3ndC%2FSdQz58SCrx6ldzw4g

DhiaHasrollah

DhiaHasrollah

Bismillahirrahmanirrahim
          Assalamualaikum para followers saya
          
          Jujsecara jujur nya saya akan unpublish dua buku saya yang satu dalam editing dan satu lagi hiatus jadi saya nak unpublish sebab
          1. Faktor keadaan yang membimbangkan diri saya dan readers yang lain
          2. Sebab saya rasa buku saya mendatangkan sifat lalai pada semua yang membacanya
          3. Sebab buku yang dalam editing adalah buku fanfic jadi saya rasa akan padam cerita tu secara total sebab saya baru ingat bahawa yang perlu saya minati yang perlu saya idola kan adalah nabi Muhammad SAW
          4. Cerita kedua saya adalah cerita percintaan jadi saya tak nak reader lalai dalam membaca buku saya
          
          Saya nak minta maaf sangat sangat kalau ada salah tersilap cakap dan terkasar bahasa 
          
          Sebab dosa dengan allah kita boleh diampunkan lagi tapi dosa dengan manusia tak ada siapa tahu kan. 
          
          Jadi saya nak mintak maaf kalau ada salah saya doakan semoga Allah melindungi saya dan semua umatnya.
          
          Jadi cerita Takdir yang telah ditetapkan dan juga idola menjadi teman lelaki akan menutup tirai. 
          
          Saya minta maaf sekali lagi kepada semua orang yang saya kenal ataupun tidak
          
          
          Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah yangx baik datangnya daripada saya, 
          
          Bye assalamualaikum selamat malam
          
          Semoga Allāh melindungi kita semua