DiariAsh

Malam ini,
          	Kau menyukai story instagramku,
          	Adakah kau mengiyakan lagu tersebut?
          	Lalu kau pun post story instagrammu,
          	Membaca captionmu itu cukup membuatku sakit,
          	Tetapi masih tidak sesakit dirimu,
          	Bagaimana esok aku harus melihat tenang didepanmu?
          	Sesungguhnya aku tidak sekuat dirimu,
          	Pastinya esok aku kan menunjukkan riak wajah yang sama seperti semalam,
          	Wajarkah aku bertanyakan soalan yang ada dikepalaku?
          	Sekiranya aku mementingkan diri sendiri,
          	Ya akan ku tanyakan,
          	Tetapi aku tidak bisa menerima jawapannya dan tak akan dapat terima,
          	Diriku terlalu bodoh untuk sekian kalinya,
          	Nampaknya malam ini aku harus lepaskan segalanya,
          	Supaya esok ketika didepanmu aku kelihatan tidak apa apa,
          	Aku sangat merindukanmu,
          	Esok kita bertemu ya?
          	 #P

DiariAsh

Malam ini,
          Kau menyukai story instagramku,
          Adakah kau mengiyakan lagu tersebut?
          Lalu kau pun post story instagrammu,
          Membaca captionmu itu cukup membuatku sakit,
          Tetapi masih tidak sesakit dirimu,
          Bagaimana esok aku harus melihat tenang didepanmu?
          Sesungguhnya aku tidak sekuat dirimu,
          Pastinya esok aku kan menunjukkan riak wajah yang sama seperti semalam,
          Wajarkah aku bertanyakan soalan yang ada dikepalaku?
          Sekiranya aku mementingkan diri sendiri,
          Ya akan ku tanyakan,
          Tetapi aku tidak bisa menerima jawapannya dan tak akan dapat terima,
          Diriku terlalu bodoh untuk sekian kalinya,
          Nampaknya malam ini aku harus lepaskan segalanya,
          Supaya esok ketika didepanmu aku kelihatan tidak apa apa,
          Aku sangat merindukanmu,
          Esok kita bertemu ya?
           #P

DiariAsh

Secara tidak sengaja,
          Semalam kita bersua muka,
          Maaf tidak seperti yang kau harapkan,
          Aku tidak dapat tutup kesedihanku,
          Terpaksa menunjukkan riak wajah yang tidak menarik,
          Pabila kau bertanya "nampak orang ke tadi?",
          Maaf aku terpaksa menjawab "tidak",
          Tapi kau tahu jawapan yang sebenar bukan?
          Aku sangat gembira,
          Tapi aku tidak dapat menatap wajah dan matamu,
          Entah mengapa,
          Senang dapat melihat kau tersenyum melihat wajahku,
          Sepertinya kau gembira dapat melihatku,
          Aku juga gembira dapat melihatmu,
          Akan tetapi disudut hatiku ada yang susah untuk diluahkan,
          Berjuta bermain difikiranku,
          Siapakah gerangan lelaki itu?
          Serapat manakah kalian berdua?
          Sudah berapa lamakah dia hadir dalam hidupmu?
          Semuanya tinggalkan tanda tanya,
          Kerna pabila kau katakan "ada nak cakap pape tak?"
          Aku sekali lagi menjawab tidak,
          Dek kerana egoku,
          Persoalan itu kekal bermain dikepala tanpa jawapan. 

DiariAsh

Harini ku datang ke tempat kuliahmu,
          Saja bersiar siar,
          Dengan harapan dapat melihatmu,
          Tak sengaja Tuhan makbulkan harapanku,
          Walaupun kau berjalan bersama lelaki,
          Aku tetap gembira dapat melihatmu,
          Dapat melihatmu tersenyum lagi,
          Bergelak tawa bersamanya,
          Sakit? ya tapi tidak sesakit dirimu,
          Sedih? tipulah kalau tidak,
          Lebih kepada gembira kerana ada yang menjagamu dan buatmu tersenyum,
          Pasal lelaki itu?
          Ya kacak, tinggi, putih, kemas dan paling penting rambutnya yang handsome,
          Seperti yang kau mahukan itu ada padanya,
          Maafkan aku kerna mengganggumu,
          Tidak berniat apa apa sama sekali,
          Aku datang bukan untuk mencari salahmu, 
          Apa yang kau lakukan bukanlah satu kesalahan, 
          Ianya cuma kau mencari kebahagiaan kau sendiri,
          Aku datang hanya kerna merindukanmu. 
           #P

DiariAsh

Dan kini,
          Kita tak lagi seperti dulu,
          Kau tersenyum tapi bukan kerna aku,
          
          Bergembiralah,
          Sudah terlalu lama kau bersedih,
          Lupakan saja yang buatmu derita,
          Cerita kita tetap menjadi nombor 1 dihatiku,
          
          Kau terlalu banyak beriku bahagia,
          Sihat sihat selalu ya?
          Jaga dirimu, 
          Tiada lagi aku tuk menjaga,
          
          Aku sangat merindukanmu,
          Berjumpa? aku rasa tidak,
          Tidak mahu aku muncul dihadapanmu lagi,
          Nantikan hatimu kan terluka teringatkan yang lalu.
           #P