EmbunLily

Tiada lagi call
          	Tiada lagi mesej-mesej panjang
          	Tiada lagi fast respon 
          	Tiada lagi semua itu daripada dia.
          	
          	Aku masih untuk fast respon
          	Aku masih cuba mesej-mesej panjang
          	Tapi hambar.. 
          	
          	Aku tidak pasti adakah Allah sedar menegur aku
          	Jika ya, tidak mengapa 
          	Aku faham.

EmbunLily

Tiada lagi call
          Tiada lagi mesej-mesej panjang
          Tiada lagi fast respon 
          Tiada lagi semua itu daripada dia.
          
          Aku masih untuk fast respon
          Aku masih cuba mesej-mesej panjang
          Tapi hambar.. 
          
          Aku tidak pasti adakah Allah sedar menegur aku
          Jika ya, tidak mengapa 
          Aku faham.

EmbunLily

Dia semakin tak perlukan aku..
          Lagi dan lagi..
          Aku bukan tempatnya bercerita lagi
          Sehingga dia kata,
          "Saya tak tahu nak borak apa dengan awak."
          
          Sedar, dia sudah ada teman lain
          Sehingga dia tiada lagi kongsi cerita pada aku
          Melainkan dia cerita tentang si 'dia'
          Hingga aku tiada reaction kerana tidak tahu nak react apa dan bagaimana..
          
          Dalam dia tidak sedar dia menepikan aku
          Mungkin kerana aku bukan dalam dunianya lagi
          Mungkin kerana ada keraguan
          Mungkin kerana takut
          Mungkin banyak kemungkinan.
          
          Aku walaupun penat, lelah, letih, kantuk
          Aku gagah diri jadi seorang pendengar
          Aku gagah diri bertahan untuk respon
          Aku gagah diri bagi respon terbaik versi aku
          Kerana itu dia rasa aku effort
          Kerana aku sayang ukhwah antara kami
          Aku selalu doa ukhwah ini kekal hingga aku pejam mata.
          
          Aku takkan lupa jasanya.
          Dia baik. Dia matang. Dia positif.
          Dia manja. Dia caring. 
          Aku banyak belajar daripada dia
          Tentang hidup
          Tentang dunia
          Tentang akhirat
          Dan banyak lagi.
          
          Sahabat
          Jika kau tahu betapa aku sayang kamu
          Sehingga aku rasa tak sanggup kehilangan
          Ketahuilah kamu antara orang penting dalam hidup aku
          Sehingga namamu ku selit dalam doaku
          Itu tanda sayangku terhadap ukhwah kita
          Dan aku percaya tiada pertemuan yg sia-sia atau kebetulan.
          
          Maafkan aku, sahabat
          Aku bukan orang baik
          Aku banyak lukakan kamu
          Aku banyak kecewakan kamu
          Maafkan aku untuk segalanya.
          
          

EmbunLily

Bunga-bunga perubahan itu aku nampak
          Bukan mahu negatif
          Tetapi trauma ditinggalkan.
          
          Aku harus semakin belajar
          Jangan terlalu sayang, rapat dan akrab
          Kerana semua itu sakit
          Hati aku tidak sekuat mana.
          
          Aku rapuh.
          Cukup rapuh.
          
          Sekarang aku berdoa pada Allah agar aku kuat
          Agar tidak sesakit mana
          Agar redha melepaskan seorang teman
          Agar positif dan tidak jadi toxic kepada mereka.
          
          Aku sayang hang, sahabat.

EmbunLily

Perlahan-lahan melepaskan
          Biar tak terlalu sakit pabila dia pergi
          Biar tak sakit tak seperti selalu
          Biar tiada air mata yg mengalir seperti malam ini.
          
          Berat.
          Sedih.
          Tak mampu untuk ungkap.
          Air mata jatuh laju
          Harap hanya malam ini bukan hari depan.
          
          Hati ini perlu redha dan ikhlas
          Hati ini perlu sedar realiti
          Tiada yg kekal, satu saat pasti terpisah
          Kerana hidup ini persinggahan
          Seperti RnR
          Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

EmbunLily

Terlalu banyak yg aku pendam
          Terlalu!
          Tapi untuk luah aku kelu.
          
          Kadang-kadang aku pilih diam sebab aku tak nak hubungan jadi keruh
          Bila aku sendirian, bermacam benda aku fikir
          Sehingga buat aku bergenang air mata
          Lirih rasa itu
          Pilu
          Sayu