Terbaharu daripada saya
Masih Cinta. Kisah Rayyan dan Afzan.
Perlahan, Afzan bangun dari kerusi. Dengan langkah tenang dan hati yang tekad, dia membawa haluan kakinya menuju ke arah pasangan bahagia yang berada di sudut restoran itu.
Matanya tak lepas memandang tunangnya dan teman wanita tunangnya yang sedang asyik berbual tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Sebaik sahaja sampai di meja Rayyan dan Lily, dengan bersahaja Afzan menarik kerusi kosong di meja itu.
“What the...” bicara Lily terhenti sebaik sahaja dia terpandang wajah Afzan. Jelas kelihatan riak terkejut di wajah Lily.
Tanpa menghiraukan reaksi Lily, Afzan mempamerkan senyuman manis di wajahnya. Dipandang wajah Rayyan yang tidak berkelip memandangnya.
“Helo, sayang...” Disapa Rayyan sambil tangannya menyentuh lembut tangan Rayyan.
“Saa...” Rayyan terdiam. Dipandang wajah Afzan dan Lily silih berganti. Liur ditelan kesat.
I’m screwed!