Rindu..
Adakah ianya suatu perasaan yang membebankan??
Adakah perasaan itu terlampau beban untuk dipikul??
Ketahuilah kasih bahawa jika persoalanku itu benar, maka aku rela agar engkau tidak pernah mengenali perasaan rindu itu agar engkau tidak perlu melalui seperti apa yang sedang aku lalui.
Kasih,
Kini kita berjauhan beribu kilometer..
Berjauhan tanpa dapat aku komunikasi denganmu.
Meskipun begitu,
Kita melihat langit yang sama..
Kita dipancarkan cahaya matahari yang sama..
Kita melihat bulan yang sama..
Dan...
Kita pernah berkongsi rasa..
Kita pernah berkongsi kasih sayang..
Maka aku ingin engkau ketahui bahawa mengenali dirimu adalah salah satu perkara yang terindah dalam kehidupan aku..
Keindahannya tidak dapat aku ungkapkan melalui kata2..
Kerana keindahan itu hanya dapat dirasai melalui sebuah hati yang tulus..
[Aq harap angin dapat menitipkan kerinduanku kpd kamu ttp siapalah angin....
Maka hanya melalui doa kerinduanku dapat dititip..]