Promosi COLD SUMMER : UNCONDITIONAL LOVE MASIH berlangsung‼️ RMRM25 senaskah‼️ Hanya di shopee Lucyana Mall.
https://shp.ee/2m6nqzj
"Awak tak faham bahasa atau awak nak saya panggil polis?" Mina melemparkan senyuman manis dalam menahan hati yang mula meniupkan rasa sebal.
Lelaki ini sukar untuk menjauhkan diri daripadanya!
"Kalau panggil polis sekalipun, saya akan diikat jamin dan saya tetap akan jalankan tugas saya untuk bawa-"
"Saya dah kata saya tak nak balik. Awak beritahu orang yang upah awak ni, yang saya tahu nak selesaikan masalah saya macam mana. Tolonglah jangan ganggu saya lagi," rayu Mina yang ternyata keletihan.
Lelaki upahan itu mengeluh. Dia hanya mahu menjalankan amanat yang diberi. Sebolehnya, dia tidak mahu memaksa, namun tugas untuknmembawa Mina dan Changbin pulang ke pangkuan keluarga adalah menjadi keutamaannya sekarang.
"Sebelum korang bertumbuk, aku nak kutip hutang korang dulu," sampuk seseorang. Mina dan lelaki upahan itu serentak berpaling. Seorang lelaki berbaju t-shirt putih dan berseluar jeans biru tua, menghampiri mereka dengan wajah selamba. Hutang apa yang dimaksudkan lelaki ini?
"Siapa nak bayar aiskrim tanduk tu? Kau?"
Jari menunding ke arah Mina.
"... Atau kau?" Lelaki upahan itu pula ditunjuk.
Saat itu juga, rindu menghentam hebat dada Mina sebaik sahaja bayang seseorang terlayar di sudut memorinya. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihat sekarang. Sahabat baiknya berada di depan mata setelah sekian lama mereka tidak bertemu.
"Jae!" Senyum riang Mina terpampang sebaik sahaja nama panggilan itu disebut.