Setiap kelipan mata ada cerita. Setiap senyuman pelbagai makna disebaliknya. Setiap yang berkata, "I'm here" belum tentu di situ sentiasa. Berliku, gelap, meraba ke dinding baru kehidupan. Sesekali terpijak duri pengajaran. Kekadang terluka tangan di bucu tajam kesyaitanan manusia. Mengajar untuk aku maju, tapi berhati-hati. Meraba dalam sepi, meratap seorang diri.
Masih sebiji anggur hijau. Nanti akan menjadi kismis gelap. Jangan jadi kismis ustaz kelentong tiup air liur tapi caj berpuluh, konon quran itu syifa' sedang dia menunggang agama, agar berisi minyak proton perdana, subuh entah mana, bini empat lima, didatang depan belakang sesukanya.
Bukan anti agama, tapi muak dengan serban kopiah jubah serta rasa diri maksum bergelar ulama. Politik menjilat semua. Rakyat papa kedana, bekerja bagai hamba, untuk hanya dibayar sesuap cuma.
- JoinedFebruary 18, 2016
Sign up to join the largest storytelling community
or
Story by HafisFaris
- 1 Published Story
Jauh
2.9K
81
21
Kisah seorang yang bergelumang dengan cinta. Cinta tak seperti orang lain. Baginya cinta yang luar biasa. Cin...
#264 in lgbt
See all rankings