Durian Untuk Mak
Aku mendongak. Nampaknya tahun ni durian xelok. Kesian mak aku. Mesti dia kempunan. Ku kutip buah durian yang banyak ditebuk tupai. Kasihan emakku.
..._________..
Tut..tut... Telepon ku bergetar. Oh ada mesej dari kumpulan. " Durian borong sebakul rm25." Wah. Murahnya. Aku berpuas hati.
" Dekat mana ni?" Tanyaku hairan.
" Changkat dain kak" jawabnya ringkas.
" Oh dekatlah" balasku pula.
Tapi sudah malam ni. Esok sahajalah aku beli.
Petang tu aku segera mencari. Angka teleponnya ku dail. " Depan Masjid kak"
Sikit sekali maklumat yang diberikan.
Berpusing aku mencari " jala ikan ada dijual disini" wah ada orang jual jala. Aku berminat.
Setelah berpusing aku masih xjumpa orang jual durian tu. Aku pon bertanya pada seorang pak cik. Katanya ada di tepi jalan besar. Aku masih tidak berpuas hati. Aku mengalah dan berlalu pergi. Sempat juga aku menyinggah dikedai jala ikan.
" Assalamualaikum, assalamualaikum" puas aku memberi salam belum ada yang menjawab.
Maka keluar lelaki separuh umur. "Cari apa cik?"
Dan bertanya-tanya lah aku tentang jala. Dia sempat bertanya asal usulku. Bersoal jawab pula aku disitu. Akhirnya dia memberitahu dia bekas guruku. Terkejut aku. Aku pun sudah tak ingat lagi. Dia memberitahu bahawa dia juga memiliki kebun durian.
Aku berjanji akan membeli kepadanya besok hari.
Esok nya pun. Dpaatlah aku membeli durian kepada emakku. Walaupun tidaklah sebanyak yang kuharapkan. Dan aku tetap membeli durian untuk emak. Sehingga suatu hari. Dia meminta untuk meminang aku.
Beribu kali aku menolak. Sekarang ini juga aku menolak nya. Tapi lelaki tua ini tidak berputus asa. Dia masih cuba memikat aku.
Dia bertanya kepada adikku. Meminta kepada keluargaku..
Nyata aku xmahu. Apa lagi dia fikirkan? Dia bukan kemahuanku. Tapi dia tidak mengalah. Apa harus aku lakukan sekarang? Ada sahaja usahanya..