teruntuk si pencipta dunia tipu-tipu,
jangan pernah berputus asa kerana dunia nyata ini memerlukan seseorang yang gila, gila berimaginasi dan mampu menzahirkannya ke dalam aksara-aksara untuk tatapan pengembara.
maka, tumpahkanlah imaginasimu ke dalam lembaran dunia kertas agar karyamu menjadi dunia tipu-tipu yang sempurna buat si pengembara dan juga yang terutama, untuk dirimu.