Assalamualaikum dan Hai semua. Maaf sebab dah berapa tahun tak update Sekolah Lama. Kepada peminat-peminat Sekolah Lama, saya mohon maaf sangat-sangat, kerana saya tinggal tergantung cerita begitu sahaja, atas sebab belajar.
Sukacita saya ingin maklumkan, dalam minggu ini, akan keluar lagi beberapa bab baharu untuk anda.
Saya sudah janjikan cerita ini bukan sekejap, malah akan ada jilid ke-2. Jadi, jika anda masih rasa cerita ini relevan untuk anda baca, saya harap agar anda masih lagi berminat untuk membaca, di saat saya keluarkan bab-bab baharu ini.
Mohon agar anda sudi like, komen dan share kepada kawan-kawan anda agar cerita ini, kerana saya masih tidak percaya, cerita saya ini mendapat sambutan sebegini. Saya amat terkejut melihat komen-komen, kerana semuanya adalah sangat positif.
Insha Allah saya akan cuba untuk tidak mengecewakan anda dengan plot Sekolah Lama pada masa hadapan, dan semoga Sekolah Lama terus mendapat banyak sambutan dari semua orang. Harao anda terus like, share agar ranking Sekolah Lama naik kembali, dan saya ingin ucapkan terima kasih tidaj terhingga, kerana setia menunggu sehingga ke hari ini.