Idiasdamha
Link to CommentCode of ConductWattpad Safety Portal
Sekuat tenaga aku melakukan chess compression.Peluh yang menitik tidak aku pedulikan. Aku mahu melepaskan kesakitan yang bersarang di dadaku. “Stop!” Herdikan itu tidak aku pedulikan. Tekanan masih aku teruskan. Perbuatanku terhenti apabila tanganku dipegang dan dikunci. “I said stop it.”Matanya tajam merenungku.Tersedar. Tanganku yang dikuncinya aku rentap kasar. “Maaf.” Aku melihat tanganku yang terasa pedih. Aku berdarah. Cengkaman yang terlalu kuat telah mencederakan tapak tanganku. “You are bleeding.” “Nevermind.” “You, follow me.” Aku hanya menurut langkahnya menuju keluar dewan. Tiba-tiba kecut perut melihat wajahnya yang tegang. “Kita nak ke mana?” Soalku. “Bilik.” “Saya tak mahu ikut.” Belum sempat aku berpatah balik lenganku telah ditarik kuat. Aku dibawa ke sebuah bilik yang boleh aku panggil suite. Seumur hidup aku hanya dapat menggambarkan bilik mewah ini melalui pembacaan novel sahaja. “Get in.” Arahnya. Aku hanya membatukan diri dihadapan pintu. Cari nahas nak masuk bilik dia. Kena tangkap basah sia-sia hidup aku nanti. Melihat aku tak bergerak dia mendengus. Dia menghulurkan first aid kepadaku. “Treat yourself here. Saya nak turun semula ke dewan. Sama ada awak buat sendiri atau saya yang buatkan. Pilih.” “Saya buat sendiri.” “Good.” “Saya buat di dewan lah.” “Boleh, dengan syarat lepas kursus saya kurung awak di sini. Mahu?” “Erk...”
Idiasdamha
Sekuat tenaga aku melakukan chess compression.Peluh yang menitik tidak aku pedulikan. Aku mahu melepaskan kesakitan yang bersarang di dadaku. “Stop!” Herdikan itu tidak aku pedulikan. Tekanan masih aku teruskan. Perbuatanku terhenti apabila tanganku dipegang dan dikunci. “I said stop it.”Matanya tajam merenungku.Tersedar. Tanganku yang dikuncinya aku rentap kasar. “Maaf.” Aku melihat tanganku yang terasa pedih. Aku berdarah. Cengkaman yang terlalu kuat telah mencederakan tapak tanganku. “You are bleeding.” “Nevermind.” “You, follow me.” Aku hanya menurut langkahnya menuju keluar dewan. Tiba-tiba kecut perut melihat wajahnya yang tegang. “Kita nak ke mana?” Soalku. “Bilik.” “Saya tak mahu ikut.” Belum sempat aku berpatah balik lenganku telah ditarik kuat. Aku dibawa ke sebuah bilik yang boleh aku panggil suite. Seumur hidup aku hanya dapat menggambarkan bilik mewah ini melalui pembacaan novel sahaja. “Get in.” Arahnya. Aku hanya membatukan diri dihadapan pintu. Cari nahas nak masuk bilik dia. Kena tangkap basah sia-sia hidup aku nanti. Melihat aku tak bergerak dia mendengus. Dia menghulurkan first aid kepadaku. “Treat yourself here. Saya nak turun semula ke dewan. Sama ada awak buat sendiri atau saya yang buatkan. Pilih.” “Saya buat sendiri.” “Good.” “Saya buat di dewan lah.” “Boleh, dengan syarat lepas kursus saya kurung awak di sini. Mahu?” “Erk...”
Idiasdamha
“Come here. Dekat sikit dengan saya. Saya takut awak pengsan je nanti dalam ni. Jangan pandang kiri kanan. Pandang depan je. You can do it Nor. Fighting.” Kata-kata semangat darinya tidak aku balas. Aku sedang sibuk mengawal rasa takut dalam diri yang sedang menguasai. Dalam masa yang sama kumpulan di hadapan kami menjerit bingit. Aku yang di belakang dah semakin tak sedap hati. Air mata yang sudah bertakung di tubir mata aku kesat kasar. “Are you crying?” Soalan darinya memburukkan lagi keadaan diriku. Akhirnya aku menangis tersedu-sedu. “Saya tak mahu teruskan doktor. Saya tak mahu.” Kataku sambil menangis. Aku benar-benar ketakutan. Aku hanya statik di tempatku berdiri. Aku tiada daya untuk mengangkat kakiku. Dia kelihatan mati kutu. “Tolong jangan tinggalkan saya doktor. Tolong.” Aku merayu padanya. Aku sudah seperti orang putus harapan. Mahu bergerak kehadapan aku takut. Mahu berpatah balik pun aku takut. “Stop crying. Awak nak saya buat macam mana?” Soalnya. “Buatlah apa sahaja asalkan saya dapat keluar dari sini.” “Anything?” “Ya, anything.” “Baik, awak hanya perlu kata ya untuk soalan yang akan saya berikan ni. Jawapan selain dari itu tidak akan saya terima dan awak akan saya tinggalkan di sini.” Aku hanya mengangguk patuh. “My question is, do you love me?” “Soalan apa tu?” Protesku. “Haip. Jawab apa saya suruh tadi. Nak kena tinggal ke?” Ugutnya. “Ya.” Aku menjawab terdesak. “Good.” Balasnya dan serentak dengan itu lengan aku ditarik dan aku dibawa ke sisinya. Tubuhnya yang tinggi dariku menjadikan aku berdiri betul-betul di paras bahunya. Aku dipeluk dari sisi. “Doktor buat apa ni?” Aku cuba menolak tangannya dibahuku. “Stay still and follow me. I am trying to get you out of here. Plus, i am your lover right?” Dalam hatiku dah mula menyumpah seranah. Namun tiba-tiba kakiku dipegang oleh sesuatu. “Waaaaaaa!!!!” Aku menjerit lagi dan tanpa dipaksa aku sendiri yang memeluknya. Dia hanya ketawa besar.
Idiasdamha
“Tiada beza dunia artis dan wartawan Jiyan. Kenapa kau memilih laluan ini, sedangkan dulu kau sendiri kata kau tidak menyukai dunia hiburan.” Pintasnya. “Pilihan aku tiada kena mengena dengan kau Luke.” Bohongku. “Mata kau tak pandai menipu Jiyan.” Sinis dia berkata. “Apa yang kau mahu dari aku Luke?” “Aku nak kau. Kita mula sekali lagi.” Yakin dia menjawab. “Itu mustahil. Menjadi wartawan hiburan menjadikan aku lebih tahu selok belok dunia artis seperti kau.” “Adakah kau nak kata kau lebih suci dari aku Jiyan? Kau tak sedar siapa diri kau dulu?” Keras suara Luke. “Ya, aku perempuan penuh dosa. Terima kasih kerana mengingatkan aku Luke.” Serentak dengan itu, air mata yang aku tahan sedari tadi mengalir tanpa henti. Aku malu dengan Tuhan. Adakah diriku layak untuk ke syurgaNya. Luke mendekati dan merangkulku. Aku hanya diam tidak membalas pelukannya. “Ini salah Luke. Jangan kerana aku diam bermakna aku suka dengan pelukan kau. Let me go.” Aku bersuara tegas. Namun Luke makin mengemaskan pelukan. Aku jijik dengan diriku kerana terlalu lemah. “I miss you Jiyan.” Ucapnya sambil memegang wajahku dengan kedua tangannya. Mata itu, aku asyik melihat keindahan matanya. Aku tersedar apabila terasa nafas Luke hampir dengan wajahku. “No! Jangan Luke.” Aku melarikan wajah. Air mataku semakin banyak mengalir. “Aku tahu kau juga rindukan aku Jiyan. Let me kiss you.” Sekuat hati aku menepis tangannya di bahuku. “This is not love Luke, this is lust! Oh my Allah.” Aku menjerit melepaskan amarah. Marah terhadap diri sendiri kerana selalu tewas dengan godaan iblis. Lutut ku terasa terlalu lemah ketika ini. Setelah sekian lama aku membina benteng dengan sekelip mata Luke berjaya merobohkan benteng tersebut. Alangkah lemahnya imanku. “Cukup sampai di sini pertemuan kita. Jangan buat aku membenci diri kau Luke.” Aku mencapai beg galasku dan bergegas meninggalkan Luke. Aku mahu bertenang. Dadaku terasa mahu pecah. Tuhan, lindungilah hambaMu yang lemah lagi hina ini.
tengkuinara_
Assalamualaikum Folowback boleh?
Leena_syiha
Hai kak noriatul, followback boleh?
Idiasdamha
Tanpa sedar aku mengeluh lagi. Tolonglah hati, jangan difikirkan lagi tentangnya. Kenangan lama pula menerjah. “Kenapa mesti penyanyi?” “Itu memang cita-cita aku Jiyan.” “Aku tidak suka orang yang aku sayang menjadi public figure. Aku tak mahu berkongsi.” “Kau tak mahu berkongsi atau kerana kau rasa penyanyi tu low class dan murah?” Bidasnya. “Please Luke, masa depan kau lebih cerah jika kau menceburi bidang lain.” “See. Kau memang prejudis.” Bentaknya. “Kalau kau dah tahu kenapa mesti kau buat?” Lawanku. “Kau pilih, kerjaya yang kau cintai sangat-sangat tu atau aku.” Ugutku pula. Tiada jawapan, tetapi tindakan nya meninggalkan aku pada hari itu menjawab segalanya. Khayalanku terhapus apabila terasa tanganku basah. Stupid! Aku benci menangis kerana dia. Pukul 7.30 pagi dan beberapa orang staff sudah mula mahu memulakan tugas. “Morning Jiyan.” Sapa Jared. “Morning.” Balasku. “Pukul berapa you balik semalam?” Tanyaku kerana aku memang tidak sedar pukul berapa Jared keluar pejabat. “I balik almost 1 am last night. I cuba kejutkan you tapi you tidur mati la. But, i think you mesti tidur lena semalam. Sebab artis terkenal bagi pinjam you hot sweater dia.” Ujar Jared sambil tersengih. “Siapa?” Soalku. “Siapa lagi Luke la.” “What?” Aku blank. Adakah coffee costa ini juga dari dia? Serentak dengan itu pintu bilik VVIP terbuka dan Luke keluar dari situ. Bilik itu memang khas untuk artis Fun Music Entertainment. Lebih memeranjatkan apabila aku lihat sweater yang tersarung di tubuhnya. Itu sweater yang aku peluk dan cium tadi. Ohmai... adakah dia nampak segala perbuatanku tadi. Sampai sahaja di partitionku, dia berhenti. “Kau tidur buruk. Siap package air liur basi. But don’t worry your secret selamat dengan aku.” Dan dia menunjukkan telefon pintarnya padaku. Itu wajah aku. “Kurang ajar! Padam gambar tu.” Aku berang. “Yes i will. But you must say you love me.” Terkelip-kelip mataku memandangnya. “Bye Jiyan. Take your time love. I am waiting.” Dia berlalu pergi. “No!!!”
Idiasdamha
Lenaku terganggu apabila kornea mataku menangkap biasan cahaya. Perlahan-lahan aku membuka mata. Kantuk masih merajai. Terasa seluruh tubuhku sakit dan lenganku kebas. Aku menggeliat cuba mengendurkan segala otot-otot yang tegang. Ketika itu aku tersedar tubuhku dibaluti oleh sweater tebal. Sweater tersebut aku ambil dan hidu. Wangi. Tapi siapa punya? Aku bermonolog sendiri. Aku doakan tuan sweater sentiasa hangat hari ini. Aku tersenyum sendiri. Terasa diri tidak betul kerana berdoa untuk orang yang tidak aku kenali. Partition kerja aku kemas dan aku bergerak ke tandas pejabat. Aku perlu membersihkan diri kerana ada urusan yang lebih penting untuk aku tunaikan iaitu solat. Selesai solat, aku bergerak semula ke partition kerjaku. Sekali lagi aku terkejut. Cawan costa coffee elok terletak di atas meja. Siapa pula yang baik hati pagi ni. Sticky note pada cawan aku ambil dan baca. - Morning. Ringkas sahaja coretannya. Aku tercari-cari sweater tebal yang aku tinggalkan di kerusi. Tiada. Malas mahu ambil pusing. Jam di dinding pejabat baru pukul 7.00 pagi. Tiba-tiba, Kejadian semalam mengetuk pintu fikiranku. “Tukar semua senarai jemputan. Ikut senarai baru ni.” Helaian kertas putih bertukar tangan. “Tapi, surat jemputan telah diedarkan.” Rungutku. “Masih sempat untuk tarik balik jemputan tu.” Selamba jawapannya. “Kau ingat aku ni apa?” Aku sudah mula meninggi suara. “Aku juga ada perasaan malu. Apa kata tetamu, kalau tiba-tiba aku menarik semula jemputan.” Dada aku sesak. Terlalu geram sehinggakan empangan air mataku bila-bila masa sahaja boleh pecah. Dia diam tidak menjawab namun matanya masih tajam merenungku. Aku melarikan wajah. Takut aku tewas dengan renungan matanya yang setiasa memukauku. Namun, tidak untuk kali ini. Cara kasar tak berkesan aku cuba berlembut pula. Aku menarik nafas dalam cuba mengumpul kekuatan. “Macam ni lah Luke, aku cuba ikut seperti yang kau suruh. Dan aku harap kita tidak akan berjumpa lagi selepas ini.”
shima_e
BOLEH TANYA ?? MNPCM MNA NAK BACA PRIVATE CHAPTER LORD EMPEROR
Idiasdamha
@shima_e bila kita dh follow author, cerita takkan jadi private dan kita boleh baca.
•
Reply
Idiasdamha
Idea mengarut datang. Cerita pendek kuasa 3. Planner berwarna hijau tu aku belek berulang kali. Aku sangat yakin tiada sebarang temujanji mahupun mesyuarat pada hari ini. Aku bersangka baik. Mungkin ada kesilapan di mana-mana. Human error, biasa la tu. Iphone 5s refurbish milikku yang sudah retak seribu segera aku capai. Jariku laju mencari nama kameraman yang akan turut bersamaku menghadiri mesyuarat pada pukul 10 nanti. "Hello Am. Ada di mana tu?" "Baru keluar studio ni." "Am tahu ke tentang mesyuarat pukul 10 ni?" "Baru je tahu ni. Dapat wasap dari pihak sebelah sana." "Oh.. patut la. Meeting mengejut la ni." "So, nak pergi dengan aku ke? Tunggu kat bawah, dalam lima belas minit aku sampai." "All right. Kau memang penyelamat aku la Am." Setibanya kami di Fun Music Entertainment disambut dengan jerit pekik dari suara peminat. Kami tiba serentak dengan artis berkumpulan lelaki popular masa kini. Ini yang rimas ni. Malas betul aku nak bersesak merempuh kumpulan remaja yang berhimpun. Aku turun dahulu sementara Am pergi mancari tempat untuk parkir kereta. "Maaf, tumpang lalu." Jeritku sambil cuba menyelitkan diri. Aku terpandang pengawal keselamatan yang berdekatan. Segera kad access aku tunjukkan. "Ikut sini cik!" Jerit pengawal kepadaku. Belum sempat aku berpaling. Aku dirempuh dari belakang. Aku hilang imbangan dan tersungkur. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Tapak tanganku melecet dan berdarah. Tanpa sedar aku ditarik oleh seseorang dan masuk melalui pintu belakang. "Terima kasih." Ucapku tanpa berani mengangkat muka. Aku malu. Pasti buruk sewaktu aku jatuh tersungkur tadi. "Luke, cepat!" "Sekejap." Jerit pemuda itu. "Ini sapu tangan. Lap darah tu." Aku segera mengangkat muka. Itu suara yang sangat aku kenal dan aku mahu lupakan. "Mata sentiasa bulat bila nampak aku. Selamat bertemu kembali." Dia senyum senget dan bergegas meninggalkanku. Jantung aku rasa nak pecah. Dia adalah crush aku dulu....