"Adik, tolong sedia pinggan. Aku nak goreng ikan jap." Kedengaran bunyi dengusan daripada Aina, geram kerana kerjanya bertambah. Dia ingin cepat-cepat sambung membaca manhwa kegemarannya, tapi tak habis-habis kerjanya ditambah. Dendam ke apa ni?
Awfiyah tersengih. Walaupun adiknya begitu, tapi dia akan tetap buat apa yang disuruh. Aina penurut, tak seperti dia yang kalau tak kena memang tak akan dibuat.
Wajah adiknya yang fokus mengupas bawang dipandang sekilas sebelum dia memasuki dapur. Peliknya, seiring usianya bertambah, rasa sayang pada adik dan keluarganya meningkat.
Dulu sewaktu kecil tengok muka masing-masing pun rasa meluat dan menyampah, tapi sekarang rasa gembira dapat bersama. Pelik kan?
Ini ke orang panggil dewasa?
Sedar keluarga sahajalah yang akan berada di sisi sepanjang masa, bukan kawan yang datang dan pergi mungkin tidak kembali. Mereka yang terima keadaan kita seburuk mana pun perangai kita yang mereka tahu.
Saje" tengok draft lama dan jumpa ni. Hehe nak sharelah. Ingat korang, family is number one! Utamakan mereka. Kawan mungkin akan lupa dan teruskan je hidup mereka walaupun kita tak ada, tapi keluarga akan sentiasa dan selalu ingat kita!