Hatiku sekarang ini remuk! Sedih, menyesal, marah dan geram bercampur baur dalam hatiku.
You want to know why?!!!
Sebab aku sekarang ni jatuh cinta pada satu buku ni. Romantik comedy genre nya. Aku selalu nya tak minat sangat buku genre romantik sebab selalunya plot nya cliche.
Daripada benci menjadi cinta begitu lah selalunya plot cerita so aku tak minat sangat bila nampak buku titlenya Husband ku Mr mafia ke, Mr mafia you're so sweet ke, Jodoh ku Mr pyscho ke. (aku main buat je semua title ni)
Bila aku ada mood je akan baca tapi so rare lah kalau ada mood nak baca cerita genre yang cinta cintun mafia, mafia ni. So apa bezanya dengan buku yang aku jatuh cinta ni dengan buku cinta cintun Mr mafia. Romance juga kan?
Tiadalah beza sangat tapi plot nya menarik sehingga membuat kan pembaca tidak dapat mengelak kan diri daripada jatuh cinta kepada buku ini.
Kisah dua orang remaja masih bersekolah, perempuannya masih pelajar nak ambil SPM dan lelakinya STAM. Ok baiklah ini cerita yang biasa cinta monyet budak pelajar kan?
Tak! Beza cinta hati remaja mereka dengan kisah cinta remaja lain yang pernah aku baca ataupun young adults ialah mereka sudah bersuami isteri. Ya! mereka sudah sah! Dah mahram walaupun masih bersekolah.
Ini kisah mereka yang sudah bersuami isteri sekaligus masih teruskan belajar. SWEET GILA weyh ceritanya. ARGH!!! sampai aku ada penyakit diabetes dibuatnya.
Mereka juga bukan budak nakal ataupun remaja yang tidak kisah bermesra depan orang ramai tapi mereka remaja yang diajar ilmu agama begitu elok daripada ibu bapa mereka so cerita nya begitu menenang kan minda dan sweet kerana mereka sudah sah.
Tapi ini masalahnya sampai saja aku baca ke bab ceritanya bersambung kerana bukunya ongoing. Aku lihat bila last author update bukunya dan last dia update May 30, 2021.