IrseMayra
Saya target nak terbitkan Irtihal tahun ni. Tapi bulan berapa, saya belum pasti. Sekarang sedang melakukan heavy editing pada Irtihal.
Ada banyak plot hole yang saya perasan dalam Irtihal, dan sekarang saya cuba menutup plot hole tersebut satu demi satu. Setakat ini Irtihal dah ada 18 bab yang dipublished semula di Wattpad.
Kalau ikutkan, sebelum ni saya dah publish 65 bab. Ada sepatutnya dalam 15 bab lagi sebelum ia tamat. Ending pun dah ada dalam kepala. Namun sukar untuk saya terjemahkan dalam ayat. Dan akhirnya ia terkubur sahaja di dalam minda.
Kebelakangan ini, saya paksa diri saya untuk duduk di depan laptop, walaupun saya tak menulis. Saya baca balik Irtihal, dan cuba jatuh cinta pada cerita ini kembali. Walaupun pudar, rasa cinta itu masih ada.
Hampir 12 tahun sejak kali pertama saya menulisnya pada September 2014. Ketika membacanya kembali, saya tahu yang saya perlu habiskan juga cerita ini. Tak kira apapun yang terjadi. Jika tiada penerbit yang menerima, saya akan swaterbit Irtihal.
Sebab Irtihal menjadikan saya manusia.
IrseMayra
@ISMISYAFIKAH Waalaikumsalam sis. Terima kasih sebab baca Irtihal dan beri semangat pada saya. Dan ya, benar, saya pun dari Tawau, Sabah. :D
•
Reply
ISMISYAFIKAH
@ IrseMayra assalamualaikum dan hi sis. Saya godek2 wattpad dan nampak cerita irtihal semula. Rindu baca cerita ni. Satu genre berat yang tak dapat saya tulis.
Kalau tidak salah, awak pun dari Tawau, Sabah kan. Betul kah? Kalau salah, saya minta maaf.
Apapun, semoga berjaya dalam bidang penulisan. Tetap semangat, IrseMayra sememangnya brbakat
•
Reply