New story for my comeback!!
17 August 2026
AETERNA
“Something were never meant to live forever.”
Lima hari.
Itulah rancangan Arian, Eman, Lana, Naim dan Misa apabila mereka menaiki Aurelia untuk menghabiskan cuti selepas peperiksaan.
Lima hari untuk makan, tidur, bergelak ketawa dan melupakan universiti buat sementara waktu.
Hari pertama berjalan seperti biasa. Mereka menikmati kapal, menghadiri acara perasmian eksklusif dan menyaksikan pengenalan Aeterna—sebuah rawatan baharu yang dikatakan mampu mengubah masa depan perubatan.
Kemudian, rancangan berubah.
VVIP yang sepatutnya meninggalkan kapal selepas acara memutuskan untuk tinggal dua hari lagi.
Tidak ada siapa kisah.
Sehinggalah dua hari itu berlalu.
Mereka masih di atas Aurelia.
“Eman, kita bila nak balik?”
Eman diam.
“Eman?”
“Aku tak tahu.”
Perkara-perkara kecil mula berlaku.
Seseorang tidak muncul untuk sarapan.
Seseorang yang mereka kenal mula bertindak pelik.
Beberapa kawasan kapal ditutup tanpa penjelasan.
Komunikasi semakin sukar.
Dan semakin lama mereka berada di atas kapal, semakin banyak perkara yang tidak masuk akal.
“Dia tadi ada dekat sini.”
“Siapa?”
Arian memandang koridor kosong di hadapan mereka.
“Orang yang kita nampak semalam.”
Naim mengerutkan dahi.
“Tak ada siapa.”
“Aku nampak dia.”
Lana terdiam sebelum bertanya,
“Kalau macam tu... kenapa dia tak kenal kita?”
Percutian lima hari berubah menjadi seminggu.
Seminggu berubah menjadi tempoh yang tidak lagi mempunyai tarikh tamat.
Di tengah lautan, mereka tidak mempunyai jalan keluar.
Dan di sebalik Aeterna, sesuatu sedang berlaku yang jauh lebih besar daripada apa yang mereka sangka.
Mereka menaiki Aurelia untuk bercuti.
Kini mereka cuma mahu pulang.
Tetapi untuk pulang, mereka perlu mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di atas kapal itu—
sebelum mereka sendiri menjadi sebahagian daripadanya.
https://www.wattpad.com/story/415099654