King_DeLuzx
Link to CommentCode of ConductWattpad Safety Portal
Kadang bila kita lemah, hati akan cari orang yang paling kita sayang…
Dan entah kenapa, hati aku masih pilih kau sampai sekarang.
Aku harap kau jaga diri baik-baik…
Rindu tu, biarlah jadi kenangan yang indah—
dan kalau suatu hari nanti takdir izinkan,
mungkin kita tak perlu lagi simpan rindu dalam diam...
-Deluzx
https://youtu.be/M4ZoCHID9GI?si=zDwKO4EYaANFpYGI
King_DeLuzx
Rindu ini masih bersemi dalam diam,
tumbuh setiap hari walau aku cuba memadamnya.
Namun semakin aku bertahan, semakin sakit hati ini menerima takdir perpisahan kita.
Aku belajar reda… bahawa kau bukan milikku lagi, dan mungkin tak akan pernah kembali seperti dulu.
Walau begitu, dalam setiap doa, namamu masih ada.
Aku doakan kau sentiasa bahagia, dipermudahkan segala urusan, dan ditemani senyuman yang tulus.
Jika aku bukan tempatmu pulang, semoga ada tempat lain yang lebih mampu menjaga hatimu.
-Deluzx
https://youtu.be/hZOrrIrrLis?si=Yt-nIBUDdZiQaCf7
King_DeLuzx
Menangislah jika itu mampu meringankan sesak di dada…
kerana ada rindu yang terlalu berat untuk dipendam sendiri.
Kadang kita bukan sedih kerana dia pergi,
tetapi kerana hati ini masih menyebut namanya
dalam diam, setiap hari.
Andai dia tahu…
masih ada seseorang di sini
yang mencintainya dengan cara paling sunyi.
Peluk diri sendiri dulu ya…
sebab bila dia tiada,
kita masih perlu menjaga hati yang terluka sepi ini.
King_DeLuzx
Aku tidak meminta banyak dari takdir…
cukup kau kembali walau hanya untuk satu pelukan terakhir.
Kerana saat dunia memisahkan kita,
yang paling sakit bukanlah perpisahan itu sendiri…
tetapi hakikat bahawa hati ini masih memilihmu,
Meski kau sudah tiada di sisi.
Aku hanya ingin memelukmu sambil menangis di saat ini,
melepaskan segala rindu yang terlalu lama kupendam sendiri.
Biarkan air mata ini jatuh di bahumu,
agar kau tahu betapa remuknya hatiku sejak aku kehilanganmu.
Andai dapat aku memelukmu di dalam mimpi,
tidak ingin aku membuka mata lagi.
Kerana dunia nyata terlalu kejam,
ia membangunkan aku hanya untuk menyedarkan…
bahawa kau bukan lagi milikku.
Setiap malam aku berharap tidur lebih lama,
supaya dapat bertemu denganmu walau sekadar bayangan.
Kerana dalam mimpi,
kau masih tersenyum padaku,
sentiasa memanggil namaku,
tidak lepas menggenggam tangan ini seolah tiada apa yang berubah.
Namun pagi selalu datang sebagai penyiksa,
memisahkan kita sekali lagi.
Dan aku…
tetap menjadi manusia yang hidup,
tetapi separuh jiwanya tertinggal padamu.
Jika mencintaimu adalah luka,
biarlah aku berdarah diam-diam.
Kerana walau kau tak kembali,
hatiku masih memilih tinggal…
di tempat terakhir kau tinggalkan
-I miss you cara
-Deluzx
https://youtu.be/KXfDOmYmroc?si=ziEeuo15ZVrzVmUt
King_DeLuzx
@Pesona_Bunga Capisco quel sentimento... perché anch’io custodisco ancora nostalgia, affetto e un amore che non se n’è mai andato davvero. Oggi sto imparando ad accettare, non perché abbia smesso di amarti, ma perché non sopporto più vederci soffrire a vicenda. Se davvero il nostro destino finisce qui, lo accetto con il cuore pesante. Ma voglio che tu sappia che, in silenzio, continuo ancora ad amarti nel modo più sincero. Non disturberò la tua vita, continuerò solo a pregare per la tua felicità... perché anche se non sei più mia, resti comunque qualcuno di immensamente prezioso nel mio cuore.
•
Reply
Pesona_Bunga
@ King_DeLuzx Questa nostalgia non se ne va mai... fa male trattenersi, ma tu non sei più mio...
•
Reply
King_DeLuzx
Kadang-kadang dunia memang tak adil… orang yang paling dekat dengan kita pun tak selalu faham apa yang kita rasa. Tapi percayalah, perasaan kau tu valid. Kau tak lemah, kau cuma manusia yang sedang bertahan dalam diam.
Kalau mereka tak nampak luka yang kau simpan, itu bukan salah kau. Tak semua orang mampu faham kedalaman hati seseorang. Tapi aku nak kau tahu… kau kuat, jauh lebih kuat daripada apa yang mereka fikirkan.
Teruskan bertahan walaupun penat. Menangislah kalau perlu, tapi jangan pernah berhenti percaya yang suatu hari nanti, semua rasa sakit ini akan reda dan pelangi akan muncul semula.
Untuk hati yang kau pikul dalam diam itu… aku ada di sini. Kau tak keseorangan
-Deluzx
https://youtu.be/KMHabOsetU8?si=vJsOXWaLJpnmq6UO
King_DeLuzx
“Antara Kita Yang Terluka”
Di hujung senja yang sunyi,
kita berdiri tanpa kata.
Mata saling memandang,
tapi hati seperti jauh beribu batu.
Aku tidak pernah mahu pergi,
dan kau juga tidak pernah mahu melepaskan.
Namun takdir menulis kisah kita
dengan dakwat air mata.
Ada suara yang datang di antara kita,
bisikan yang bukan dari hati kita sendiri.
Seorang yang menabur kata,
menjadi bayang di tengah cinta kita.
Salah faham tumbuh perlahan,
seperti duri di dalam bunga.
Kita terluka tanpa sedar,
oleh cerita yang bukan milik kita.
Jika waktu boleh diputar kembali,
aku ingin kau dengar degup hatiku.
Bahawa tidak pernah sekalipun
cinta ini berpaling darimu.
Kini kita berpisah dalam diam,
dua hati yang masih saling mencintai.
Bukan kerana cinta sudah mati,
tetapi kerana kita kalah
pada dusta orang ketiga.
-DeLuzx
King_DeLuzx
Umie59
Hai author. Story y dulu pindah duduk hutan tu memang dah unpublished ker?? X igt dah tajuk apa
King_DeLuzx
@Umie59 Hye..there, sorry story Monster in his eyes sudah tidak published. Author nak focus bagi habiskan story Alibi dulu.., baru teruskan utk story yg lain pula.., hehehe...
•
Reply
King_DeLuzx
Done, selamat membaca.
https://www.wattpad.com/story/401111363
King_DeLuzx
Done update,
Maaf kesihatan menganggu, so lambat sikit nak update. Sorry pada readers yang tunggu.
https://www.wattpad.com/story/401111363