Liya_Qis
Link to CommentCode of ConductWattpad Safety Portal
Assalamualaikum dan selamat pagi. Terima kasih selalu baca karya saya yang tak seberapa. Terima kasih juga ramai yang kata suka cerita Cikgu Amni. Walau pada mulanya ada yang tak berapa setuju cikgu suka anak murid.
Dari Cikgu Amni kira beralih ke Atiya pula. Gadis dari alam lain yang membesar kat bumi. Puteri Atiya. Kalau sudi bacalah ye. Sekadar nak cuba cerita aksi pula.
Liya_Qis
Cerita Cikgu Amni sebenarnya bukan kepada crush atau yang kurang bermoral. Ini sebenarnya cerita seorang guru muda yang perlu tempuh pelbagai cabaran. Dan pada yang email saya kata jangan rendahkan guru, saya bukan merendahkan. Saya cuma menceritakan cabaran yang guru lalui. Tapi dalam bentuk humor.
Untuk jadikan cerita ini menarik saya selitlah elemen yang boleh tarik orang membaca. Kepada yang email saya tu, kalau saya menyinggung perasaan awak, saya minta maaf. Tapi bagi saya habiskan cerita ni. Barulah tahu cerita ni menuju ke mana. Kalau awak baca dari bab 1 ke 10 pun awak boleh agak apa jalan ceritaya.
Cerita ni takde plot twist. Cerita ni tentang Cikgu Amni. Clemira Faiqa hanya watak sampingan. Jadi baca ye. Jangan buat kesimpulan dengan baca bab tertentu je. Saya selalunya tak menulis cerita yang takde ilmu. Dalam cerita bodoh-bodoh pun saya akan cuba masukkan info berguna tentang undang-undang, kesedaran autisme, banteras buli , akhlak, keluarga, persahabatan. Bukan sekadar GXG yang endingnya dua watak bersatu. Ada banyak aspek yang saya selitkan. Harap jangan judge saya dan serang saya dengan kata-kata yang kurang sopan ye.
Pernah tak saya hasilkan story yang takde fakta? Ye pernah. Bacalah Aku 34 Kau 18 dan Bagaikan Bidadari. Cerita yang sampai sekarang aku rasa kenapa aku tulis story tu? Takde faedah langsung. Tapi lepas dua cerita tu, selebihnya ada banyak maklumat. Kalau sudi bacalah.
Terima Kasih.
Liya_Qis
Hai korang! Ada yang berminat nak kolaborasi tulis cerita kat Wattpad?
Konsepnya mudah: saya tulis Bab 1, awak tulis Bab 2, dan kita sambung selang-seli sampai habis! Saja nak gabungkan idea kreatif dan bagi plot twist menarik.
Kalau berminat nak team up, jom e-mel saya kat ya! ✍️✨
Kita boleh bincang buat cerita genre apa. Boleh share idea.
Email: liyaqis223@gmail.com
Liya_Qis
Cerita baru saya kali ini agak istimewa. Kita akan menyelami minda seorang watak utama yang mempunyai mild autism. Cerita ini ditulis sepenuhnya daripada perspektif dia sendiri—bagaimana dia melihat dunia, menempuh hari-hari mencabar, dan berjuang apabila kakak kembarnya yang menjadi tempat bergantung jatuh sakit. Jemput baca dan kongsi pandangan ye.
Cerita ini membawa perspektif yang jarang diterokai, iaitu dunia dari mata seorang mild autism.
Fokus utama adalah tentang kasih sayang kembar dan ujian berat apabila sistem sokongan utamanya, si kakak, tidak sihat.
Watak ini dibina berdasarkan kajian, namun setiap individu neurodivergent mempunyai pengalaman unik yang berbeza.
Liya_Qis
My Otherhalf yang saya tulis pada asalnya macam tak okey. Jadi saya ubah story, harap simpan air mata dan jangan maki saya. Sebab masa menulis air mata ku jua menitis......:P
redperred
assalamualaikum.. happy birthday to my little sister, my lovely author..moga diberi kesihatan yg baik selalu, moga dekan setiap sem..moga sentiasa berbahagia happy2..kirim salam mama sbb mama yg dh lahirkn adik 25 thn lps... hehehehe...
akk mintk maaf sbb lama menghilang,lama menyepikn diri,lama dh x jd co pilot adik buat novel...tapi akk x pernah lupa adik akk sorg ni...
Liya_Qis
Di sebalik setiap baris ayat yang saya tulis di sini, ada seorang wanita hebat yang memastikan hidup saya cukup segalanya. Selamat hari lahir, Mama. Terima kasih kerana menjadi 'pen' yang mencoretkan keselesaan dalam hidup saya supaya saya boleh terus mengejar impian. Segala kesenangan yang saya nikmati hari ini adalah berkat doa dan titik peluh Mama. Semoga hari ini seindah hati Mama yang sentiasa memberi tanpa meminta balas. ✨
Pleasd doakan mama saya.. Baru-baru agak risau dengan kesihatan dia. Selalu kerja teruk-teruk, selalu sakit bahu. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik kat mama saya dan juga keluarga awak semua. Amin Ya Rabbal Alamin......
Saya sengaja tak nak cakap happy birthday kat dia, saja nak buat dia tertunggu sebab saya nak buat surprise seminit sebelum tamatnya 11 April. Tapi disebabkan mama saya dah spoilkan surprise, terpaksalah reveal surprise.
Liya_Qis
Saya dah update cerita baru. Umi Karmila. Lama simpan cerita ni. Boleh kata ni yang first saya tuis. Tapi tak pernah publish. Kali ini dah publish sampai ending. Ceritanya sangat pendek. Dah ada satu lagi cerita yang dah siap dan akan publish tak lama lagi. Semoga terhubur. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Kepada mama saya dan semua diak beradik saya, duit raya jangan lupa.
Liya_Qis
Maaf semua lambat update. Terjebak dengan influenza. Ni dah sihat. Tapi makan masa juga lah sebab versi awal untu My otherhalf dan type sampai 5 page. Kemdian rasa macam ceritanya tak kena. Jadi saya padam semua. Tulis balik dan padam semula sebab macam something missing. Ni versi terakhir untuk chapter 6. Stilll macam tak kena juga. Harap korang bersabar dengan jalan ceritanya yang mendatar.
Liya_Qis
Saya terjaga dari tidur. Dah terbiasa tidur awal. Dengan bunyi angin, bila pandang ke luar, tengah hujan. Dah terjaga tak dapat tidur. Jadi aku buka wattpad dgn harapan akan ada story yang menarik.
Tapi aku buka story aku sendiri. Baca komen pembaca. Teringat waktu aku tengah aktif buat story sentiasa ada idea. Rajin menaip. Tapi sekarang aku mcm buntu. Story mcm hilang something.
Then aku realize ada dua orang yang selalu bincang dgn aku pasal story aku. Nur Ain Syafiza dgn Kak Fika. Dia dua akan bash aku kalau aku buat story yang merepek. Sentiasa bg pendapat. Now mcm hilang benda tu.
Kalau suruh aku buat cerita setanding Aku 18 Kau 34, Dua Penjuru, Perjalanan Terakhir memang dah tak boleh. Last story yang aku buat dgn happy Mia. Kemudian semuanya hilang. Sampai hari ni aku belum ada idea nak sambung story.
Kalaulah aku boleh balik ke waktu tu. Takde semangat langsung.
AZUFAYAN
@Liya_Qis author ada masalah writer blocks. Xpe slow2 je amik masa dan ruang. Ada masa kita byk idea mencurah2 ada masa kita kne take slow but sure. Jgn pandang masa lalu. Masa kita xterikat dengan tanggungjwb, masa, cita2, urusan dunia yang xkn pernah abis. Masa author skrg dah berubah dan akan semakin mencabar. Jadi jgn terasa sesak dlm dunia penulisan. Semua penulis akan merasai apa yg author rasai. Kembali kuat dan semangat. Serta cari la semula org2 yg author namakan. Semoga mereka boleh kembalikan spiritual dan idea untuk menulis.come back again okey..
•
Reply