Di tepi jendela aku termanggu
Setiap hari duduk menunggu
Bila kiranya kita bisa bertemu
Akibat hati terlalu rindu
Untuk aku melihat dirimu
Kerana risau jika tiada masa
Semakin lama aku semakin tua
Terakhirku ingat kau dua puluh dua
Di sini aku terus menanti
Berteman kasih yang tidak terperi
Menanti saat kau datang ke mari
Di depan aku kau munculkan diri
Kerana takut sekiranya nanti
Detik waktu telah terhenti
Terpaksa aku melangkah pergi
Bersama rindu yang terlekat di hati
Walau disini aku ramai teman
Tetap tidak terubat perasaan
Merintih menangis dahagakan pelukan
Juga lakaran wajah penuh senyuman
Milik dirimu duhai kesayangan
Kerana jika ini warkah akhirku
Aku harapkan kau kenangku selalu
Seperti aku yang tidak lupa padamu
Sepanjang hayat akan aku sayang dirimu
Wahai teman permata nilamku
Di tepi jendela aku termanggu
Setiap hari duduk menunggu
Bila kiranya kita bisa bertemu
Akibat hati terlalu rindu
Untuk aku melihat dirimu
Kerana risau jika tiada masa
Semakin lama aku semakin tua
Terakhirku ingat kau dua puluh dua
Di sini aku terus menanti
Berteman kasih yang tidak terperi
Menanti saat kau datang ke mari
Di depan aku kau munculkan diri
Kerana takut sekiranya nanti
Detik waktu telah terhenti
Terpaksa aku melangkah pergi
Bersama rindu yang terlekat di hati
Walau disini aku ramai teman
Tetap tidak terubat perasaan
Merintih menangis dahagakan pelukan
Juga lakaran wajah penuh senyuman
Milik dirimu duhai kesayangan
Kerana jika ini warkah akhirku
Aku harapkan kau kenangku selalu
Seperti aku yang tidak lupa padamu
Sepanjang hayat akan aku sayang dirimu
Wahai teman permata nilamku