Assalamualaikum. Salam tahun baru.
Tiada apa yang penting cuma sekadar ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat kamu semua yang sudi bersama-sama saya di sepanjang tahun 2025 ini.
Terima kasih kerana sudi menunggu Kesayangan Tun dari awal Januari sehingga malam ini. Terima kasih kerana sudi meluang masa dan membaca cerita-cerita saya. Terima kasih sudi memberikan kata-kata semangat dan menyokong saya sehingga saya mampu terbitkan Daiyan Humaira.
Tanpa kalian, saya tak akan ada di sini menulis kata syukur ini.
Maaf juga seandainya saya terkasar bahasa, buat kamu terasa hati, tidak membalas semula komen-komen manis kamu, buat kamu tertunggu-tunggu update dan beri harapan palsu.
Semoga di tahun 2026 nanti saya lebih semangat menulis dan berjaya habiskan KT dan keluarkan cerita si angah kesayangan ramai.
Akhir kata terus bersabar dengan saya ya semuaaaaa. Sayang kamu, hehehe ^^ ❤️