Jom tempah sekarang .
https://wa.me/+601118545793
✨ TEASER 1 ✨
Mina meletakkan beg galas dan melepaskan
keluhan di sebelah Dahyun. Buah epal yang siap
dipotong, disumbatkan ke dalam mulut.
“Aku sembang lama sikitlah dengan pakwe
aku tu,” ujar Mina acuh tidak acuh.
“Pakwe? Kau ni serius ke dengan dia?”
“… Mina, aku nak nasihat sikit. Bukan nak
kutuk, tau? Taste dia, bukan perempuan macam kita. Tomboy, lasak, de…”
Mina pantas menoleh. Matanya tajam
memandang Dahyun membuatkan perkataan yang mahu dihambur keluar ditelan semula oleh Dahyun.
“Debab?” sambung Mina.
Dahyun angkat kening, tidak peduli sekiranya Mina terasa, tetapi itulah hakikatnya. Mereka berdua tergolong dalam kalangan antara kurus dengan gemuk. Masih tersasar jauh dari kategori tubuh langsing lagi menawan.
“Ikut kaulah, Mina. Apa-apa jadi, aku dan Jae tak boleh tolong, ya? Aku dah nasihat. Jae pun dah nasihat. Nasihat dalam hati, katanya. Sebab dia takut kau hempap dia. Hahahah!” Dahyun gelak sakan membayangkan hal itu.
Mina yang pada mulanya hendak menerkam Dahyun kerana bermulut lancang, bertukar girang
kerana terhibur. Kalau Jae dihempap, alamatnya sampai ke sudah Jae tidak datang ke kampus kerana koma.
“Kau gelak-gelak ni, apa benda yang kau nak
beritahu aku?”
https://www.wattpad.com/story/275534780