Hari jumaat lepas baru je p jenguk ayah sedara yang sakit kat HSNZ...suap dia bubur,dengar dia bercakap..kami seronok tengok perkembangan dia yang dari xleh nak gerak,dh boleh gerak...dari xboleh nak bercakap,dah boleh bercakap,walaupun perit bila tengok wayar berselirat kat leher n tangan....kami gembira akhirnya dia dh nak kembali pulih seperti sediakala....Tapi....apakan daya...kegembiraan kami hanya sekejap saja...petang semalam jam 6.30pm kami dapat berita dari HSNZ yang paklong dah tenat....dan xlama kemudian kami dpat wasap dri cousin pd jam 6.40pm paklong dh pergi mengadap Ilahi...Allahu...walaupun perit,kami redha dengan ketentuan Ilahi...Allah lebih sayangkan paklong..Alhamdulillah...segalanya kami dapat urus dengan mudah..dari urusan bawak balik jenazah,sampailah ke pengebumian arwah...Allah permudahkan urusan kami..Semoga arwah Paklong tenang kat sana dan d tempatkan d kalangan orang² yang beriman...aamiin