Dah update! Jemput baca!
Untuk bacaan penuh klik link - https://my.w.tt/t21plObfN0
"Abang Hazreen, mana Kak Ammaya? Abang Hazreen kan bodyguard dia." Puteri Raihana menyoal sambil memandang Hazreen yang sedang memandu, masa inilah dia nak mengambil peluang untuk menatap wajah lelaki itu puas-puas.
"Dia bagi saya cuti untuk sehari."
"Ohh..." Puteri Raihana hanya mengangguk, nasib perempuan baju ketat tu tak ada dalam kereta ni. Eh! Dia mana layan kereta macam ni, dia layan kereta jenis Lembu bernama Nini. Potcheh dan seangkatan dengannya.
"Kereta ni Abang Hazreen punya ke?"
"Haah, saya beli sendiri."
"Puteri nak tanya, sebelum abang jadi bodyguard. Abang Hazreen kerja apa?"
"Saya baru habis belajar."
"Ohh... Dekat mana, mesti seronok, kan?"
"Dekat Australia."
"Jauh tu! Hmm... Lagi satu."
"Cik Puteri, awak ni memang tak penat eh? Saya penat jawab soalan Cik Puteri ni." Hazreen kalih memandang Puteri Raihana sebelum kembali fokus pada pemanduannya, Puteri Raihana hanya tersengih.
"Maaf. Saya memang macam ni, kadang-kadang papa gelarkan saya burung murai sebab tak boleh berhenti cakap," kata Puteri Raihana, dia bermain dengan keychain berbentuk BFF yang tergantung di beg sekolahnya. Keychain itu pemberian dari Denny semasa hari jadinya tahun lepas.
"Comel."
Seketika tangan Puteri Raihana berhenti. Badannya kaku seperti patung cendana dan jantungnya mula membuat kerja dengan pantas sekali.
Dia sebut apa? Co... Comel ke? Gila! Putera Hazreen ni memang menguji kesabaran imannya, oh no. Papa, Puteri nak kahwin!