Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya jarang update cerita dekat sini sebab wattpad dah tak macam dulu. Banyak cerita COPY PASTE dalam ni. Minggu ini saja satu kecoh, minggu lepas pum ada. Itu belum lagi mereka yang degil tak mahu menurunkan cerita yang 100% copy paste novel tukar nama watak sahaja.
ANDA BOLEH DIDAKWA KERANA BERBUAT DEMIKIAN!
WATTPAD adalah tempat untuk penulis mencipta cerita dan juga mencipta nama. Namun, atas kes-kes yang sebegini ia sedikit sebanyak mencalarkan reputasi wattpad especially di Malaysia.
Kepada penulis yang lahir daripada wattpad. Mohonlah buat cerita berdasarkan IDEA anda sendiri. Industri buku di Malaysia ini amat kecil terutamanya buku-buku berbahasa Melayu. Kecilnya sama kecil PWTC sahaja (di mana PESTA BUKU ANTARABANGSA) berlangsung. Jadi, kalau anda COPY PASTE 10% pun orang akan perasan juga.
Saya bukan penulis terkenal atau otai yang layak menegur. Tetapi setelah bertahun menulis, karya kita akan bersuara untuk kita. Ingat tu. Biarlah karya tu dari kepala otak kita, biarlah kita bentuk cara kita dengan susah payah. Lantaklah tak best mana, yang penting itu cara kita and readers akhirnya akan menerima cara kita. Akhirnya itulah SIGNATURE kita yang orang kenal. Pembaca akan tahu IDENTITI kita.
BE ORIGINAL, BE YOU!
Muhammad Fatrim ✌