Assalamualaikum dan hi semua
Saya ada menerbitkan sebuah buku bertajuk Letter from the Soul. Saya amat menghargai sekiranya anda semua sudi support karya pertama saya.
Naskah tersebut sebuah naskah yang biasa sahaja. Tiada apa yang menarik. Namun, naskah itu lah yang paling saya nantikan untuk siap. Berbulan-bulan saya ambil masa untuk draf idea. Maklum lah , saya seorang pesakit mental jadi untuk memerah idea setiap hari amat sukar buat saya.
Naskah tersebut terhasil daripada titik paling bawah dalam hidup saya. Seolah-olah ruang untuk saya bertahan apabila perkataan tidak lagi mampu diucapkan.
Terkadang, kita mahu melepaskan beban di dada, tetapi kertas kosong sering kali kelihatan menakutkan bila kita tak tahu bagaimana untuk memulakan ayat.
Naskah itu dihasilkan bukan sekadar dibaca lalu diletakkan di rak, tetapi ia adalah sebuah 'safe place' yang hidup di mana ia dapat membantu anda memujuk diri sendiri, belajar melepaskan apa yang tidak mampu dikawal, dan perlahan-lahan menemui jalan pulang ke arah kesembuhan.
Menulis adalah cara paling jujur untuk berbicara dengan diri sendiri
Boleh follow tiktok @linaastudio untuk lebih banyak info tentang naskah ini.