Idea #17 (Hshshsh dah lama tak type idea dekat sini-)
"Kerana Tuan lah tempat kami kembali"
10 tahun.
Dah 10 tahun berlalu sejak Boboiboy meninggalkan dunia ini.
Boboiboy adalah yang terakhir pergi daripada kesemua kawan kawan manusianya.
Selepas Boboiboy pergi, Kokoci telah menyita jam kuasa Boboiboy di bilik pengamanan, supaya tidak akan ada alien lain yang boleh menyalah gunakannya.
Fang, satu satunya Kokotaim yang masih hidup, dengan sukarela membantu Kokoci menjaga bilik pengamanan itu juga.
Tapi, selepas 10 tahun berlalu, Kokoci tiba tiba berkata pada Fang, yang dia telah membuat pilihan untuk cuba pisahkan ketujuh tujuh elemental kepada individu sekali lagi.
Kalau ikut timeline, sudah hampir 200 tahun berlalu sejak kuasa elemental disatukan, akibat Retak'ka.
Pada awalnya, Fang menolak. Yelah, tu kuasa kawan dia kot. Kawan dia yang telah banyak berkorban untuk agensi ini.
Tapi Kokoci menenangkan Fang, dan berkata bahawa pilihannya ini bukan tanpa sebab. Ianya untuk memastikan tiada sesiapa lagi akan salah gunakan ketujuh tujuh elemental itu, dan juga untuk bersedia, jika di mana depan, mereka akan jumpa orang yang layak untuk menjadi penerus kuasa elemental, atau Kuputeri dan Tok Kasa datang untuk minta kuasa mereka kembali.
Dan ianya juga untuk berhati hati, jika ada keturunan Kira'na yang tiba tiba datang dan demand mereka untuk pulangkan kuasa Voltra kepada mereka, kerana dia tidak mahu kejadian seperti waktu Kira'na berlaku lagi.
Untuk mencari alien yang mampu gunakan ketujuh tujuh kuasa elemental tanpa corrupt selepas Boboiboy adalah perkara yang hampir mustahil, dan dia tidak mahu mengambil risiko.
Fang, terpaksa diam, dan memikirkan apa yang Kokoci katakan. Atasannya itu betul. Kerana Boboiboy sudah tiada lagi, kuasa itu sudah menjadi kuasa tanpa pemilik.