Thanksss sangat-sangat pada korang yang tak pernah bosan dengan cerita yang author terbitkan . Author hargai sangat walaupun satu vote yang korang bagi dekat author , rasa bahagia bila cerita yang author terbitkan ini mendapat sambutan dari pelbagai pihak hinggakan guru-guru disekolah author turut serta membaca cerita-cerita yang ada di list work author .
"Nak buat cerita bukan susah pun , tapi kalau muka kau ni aku rasa memang cerita kau tu sampah lah"
" Kau dengan ada kad OKU nya nak buat cerita ? mimpi apa kau ni hahhh ! OKU !"
" Cerita kau sampah , okay ! SAMPAH ! "
Sakit memang sakit , siapa saja yang mampu menahan perit hinaan seperti ini . Semua orang didalam dunia ini layak melakukan apa yang mereka suka . Walaupun author dalam kategori orang kurang upaya author tak pernah sekali pun menyerah kalah dalam bidang penulisan ini .
Bagi author , penulisan ini sahajalah yang mampu menggembirakan hati author . Menulis setiap satu persatu imaginasi kebahagiaan didalam cerita author . Tapi malangnya semua kebahagiaan itu tidak pernah sama sekali berlaku didalam hidup author . Cuma mampu berharap dan meneruskan usaha . ❤